Cita-cita anak, tanggungjawab siapa?

doktorBaru-baru ni di Twitter kecoh sebab ada seorang pengguna memuat naik cicipan yang membantah tindakan Mak Abah menentukan cita-cita anak.
Katanya, tindakan Mak Abah menentukan masa depan anak-anak adalah suatu bentuk kongkongan dan penderaan mental.


Ramai netizen tidak bersetuju dengan pendapat beliau namu ada juga segelintir yang menyokong.


Bagi saya, anak-anak akan terinspirasi dengan apa yang berada di sekeliling mereka dan orang yang paling menginspirasi adalah Mak Abah mereka sendiri.


Kalau dulu, bila guru bertanya apa cita-cita kita, kita akan jawab kita nak jadi Guru, Doktor, Polis, Bomba dan sebangainya sebab ketika itu kita merasakan kerjaya berikut adalah kerjaya yang terbaik untuk kita.


Kalau tanya budak-budak sekarang, jangan terkejut kalau mereka jawab mereka nak jadi profesional gamers, youtubers, influencer dan sebagainya sebab itu yang kita dedahkan kepada mereka.


Jadi, adakah releven untuk Mak Abah menentukan hala tuju kehidupan anak-anak dengan kerjaya yang normal seperti Doktor, Jurutera mahupun kerjaya profesional yang lain?


Ataupun kita hanya biarkan dan ikutkan sahaja kehendak anak-anak yang kehidupan mereka terpengaruh sepenuhnya dengan gadget.


Seperti yang saya katakan di awal tadi, anak anak akan terinspirasi dengan sesuatu yang rapat dengan mereka.


Jadi, Mak Abah tak perlu pun nak tentukan hala tuju anak-anak, tetapi cukup untuk menginspirasi mereka untuk bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara.


Nak jadi Gamers boleh, tapi adakan itu memberi manfaat untuk ummat?


Nak jadi youtubers boleh, tapi adakah content yang disampaikan itu mendidik masyarakat?


Bab Influencer ni pula, saya tertarik dengan perkongsian Dr Taufiq Razif. Beliau kata, bila kita dah ada pengikut, kita bertanggungjawab keatas pengikut kita. Content yang kita kongsikan, pengikut akan guna. Kalau baik, maka insyaallah syurga. Tapi kalau buruk? Terimalah padahnya.


Mak Abah tak perlu tentukan, hanya beri inspirasi dan bimbinglah anak-anak.


Usah paksa anak-anak jadi apa yang kita suka, tetapi didiklah anak-anak untuk buat apa yang kita suka.


Cuma satu pesanan saya, jangan sesekali paksa anak untuk jadi apa yang kita nak jadi tapi tak terjadi dulu.


Anak-anak perlukan kita, maka teruslah memberi inspirasi kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *