ABC TO SUCCESS

kuda

Saya percaya semua orang atas muka bumi ini impikan kejayaan berlipat kali ganda dalam hidup mereka.

Tidak ada seorangpun yang dilahirkan untuk gagal melainkan gagal itu adalah pilihan.

Kalaulah ada SHORTCUTS KEJAYAAN, saya pasti akan ramai orang berebut-rebut melalui jalan tersebut.

Oleh itu, saya terpanggil untuk berkongsikan ABC TO SUCCESS.

Bagaimana bisa seseorang itu berjaya dan cipta kejayaan semudah ABC.

Lanjutkan bacaan dan bersedialah menghadapi perubahan.

 

A- ATTITUDE

Nak berjaya ni, attitude nombor satu. Sikap kita terhadap sesuatu menentukan sikap kita terhadap semua perkara.

Nak berjaya, ikutlah attitude mereka yang telah berjaya dan sedang berjaya.

Atau sebenarnya, yang lebih tepat adalah ikut attitude mereka dalam proses mereka nak berjaya.

Silap kita bila nak mencontohi attitude orang berjaya adalah kita suka tiru attitude setelah mereka berjaya.

Namun, attitude dan bagaimana mereka survive sebelum itu kita pandang enteng.

Sekarang ni, rasa-rasanya dengan attitude kita ni, boleh ke kita berjaya? Renungkan.

B-BELIEVE

Kejayaan apa sekalipun takkan datang kalau kita tiada kepercayaan bahawa kita akan berjaya.

Nak kaya tapi was-was. “Ehh… Aku boleh kaya ke?”

Nak score straight A’s, 4 flat dan sebagainya tapi dalam kepala was-was “Ehh… Aku mampu ke?“

Sebelum berjaya kena percaya yang kita akan berjaya.

Kena bayangkan kita akan berjaya.

Yang paling penting kena doa kita akan berjaya.

Ni kalau doa minta kejayaan pun was-was, tambah tak percaya pada diri yang kita mampu berjaya, jangan haraplah ye.

Yakin dan percaya adalah shortcut orang berjaya.

C-CONSISTENT

Consistent atau lebih tepat adalah istiqamah.

Nak mula sesuatu tu mudah tapi nak istiqamah tu agak payah dan perlu berkerah.

Buat sesuatu kebaikan secara istiqamah jauh lebih baik dari buat sesuatu tapi tak kekal.

Latih diri untuk istiqamah hatta buat perkara kecil sekalipun sebab bagaimana kita selesaikan perkara kecil menentukan bagaimana kita kendalikan perkara besar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *