CEGAH INFLUEANZA DENGAN 5 LANGKAH MUDAH

WhatsApp Image 2020-01-16 at 12.14.26Sama ada anda sedar atau tidak, virus influeanza yang sedang merebak sebenarnya boleh membawa maut.

Virus yang mudah merebak melalui batuk dan bersin sangat membahaya sekiranya jangkitan ini merebak ke paru-paru.

Menurut Sinar Harian edisi 16 Januari 2020, Pakar perubatan, Dr Zubaidi Ahmad berkata virus ini boleh merebak sekiranya individu tersebut menyedut udara yang tercemar atau terkena titisan cecair dari mulut atau hidung orang lain yang telah dijangkiti influeanza.

Antara golongan yang mudah untuk dijangkiti virus ini adalah kanak-kanak dan wagra emas. Namun, remaja dan orang dewasa juga boleh terjebak namun bilangannya tidak seramai kanak-kanak dan warga emas.

Terdapat 5 langkah mudah untuk kita sama-sama mencegah virus ini dari merebak.

  1. Jaga kebersihan diri dan persekitaran. Pastikan anda kerap membasuh tangan menggunakan sabun. sebaik-baiknya gunakanlah Hand Senitizer.
  2. Menutup mulut dan hidung menggunakan tisu atau sapu tangan ketika batuk dan bersin. Tisu yang telah digunakan hendaklah dibuang ke tempat yang sepatutnya.
  3. Minum air yang mencukupi. Air yang mencukupi dalam badan memastikan badan anda terhidrasi, seterusnya suhu badan menjadi stabil.
  4. Jarakkan diri dengan individu yang mempunyai tanda-tanda influeanza sekuran-kurangnya jarak satu meter.
  5. Elakkan tempat-tempat yang ramai orang seperti Pusat Membeli Belah, pasar dan sebagainya. Sekiranya terpaksa untuk berada di tempat sebegitu, gunakan Face Mask.

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti demam, selsema, sakit tekak, batuk, sakit kepala sakit badan dan kesukaran untuk bernafas, segera ke klinik berhampiran dan dapatkan rawatan doktor.

Semoga kita terpelihara daripada penyakit-penyakit yang mengancam nyawa seperti ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *