7 SEBAB MENGAPA REMAJA HARI INI MAKIN MUDAH ALAMI TEKANAN EMOSI

Remaja Stress

1. Media sosial dan Gajet – jadi escape world mereka untuk masalah emosi seharian (bosan, marah, sunyi, sedih), menyebabkan peluang untuk belajar menghadapi tekanan tiada. Media sosial pula membentuk perspektif unrealistik tentang dunia sebenar.

 

2. Ibubapa dan expectation/pujian yang tidak realistik – tekanan untuk anak-anak merealisasikan expectation tersebut

 

3. Ibubapa (dan anak) terperangkap dengan perlumbaan – siapa paling banyak A’s, paling pandai berenang, paling pandai muzik, pandai robotik, pandai bersukan.

 

4. Anak tidak diajar (dan belajar) bagaimana urus emosi – alam sekolah yang adakalanya tidak menyediakan mereka dengan bentuk tekanan yang akan dihadapi pada fasa hidup yang mendatang. Dari perkara yang simple (bagaimana nak relax) kepada yang lebih komplek (bagaimana urus kewangan, rumahtangga, kerjaya)

 

5. Ibubapa jadi protector, dan bukan leader – micromanage anak, dari tolong salinkan jadual, pakaikan tie, sehinggalah bagaimana nak deal dengan kawan sekolah. Ibubapa attach wire pada anak untuk control walaupun anak bukan depan mata.

 

6. Ibubapa parent anak ‘out of guilt’ dan bukan maklumat – contoh, bagi anak main phone berlebihan sebab kita pun nak main phone sama. Belikan anak semua yang anak nak sebab rasa bersalah selalu tak ada. Akhirnya kita jadi reaktif dan bukan proaktif.

 

7. Kanak-kanak hilang masa bermain – kita lupa betapa banyaknya nilai hidup anak dapat dari bermain. Tau tak kalau anak main congkak pun (hypothetical), anak belajar – tunggu giliran, motor halus, fokus, kira, strategi, komunikasi dan banyak lagi. Tapi, mana ada budak main congkak lagi dah kan…

 

Dari atas sampai bawah, semua sebenarnya highly modifieable. Ia bukan faktor zaman atau generasi sangat, tapi faktor manusia. Jadi kitalah yang akan mengubahnya.

Sumber : Facebook Dr Rozanizam Zakaria, Pakar Psikiatri dan Pensyarah UIAM Beliau juga merupakan Ayah kepada peserta Bijak Berbicara AMPAC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *