4 PERBEZAAN ANDA DAN ANAK ANDA (GEN-Y vs GEN-Z) Perbezaan ke-4 tu EPIK!

2

“Didiklah anak mu sesuai dengan zamannya.”
UMAR AL-KHATTAB
.
.
Kebanyakan sahabat-sahabat saya adalah GEN-Y. Umur 30-an.
Dan kami ramai juga yang ada anak dari golongan GEN-Z. Umur 10 tahun ke atas.
.
.
Just nak bagitau yang sebenarnya kedua-dua generasi ini ADA PERBEZAAN yang perlu diraikan! Yes, diraikan. Ini bukan lagi soal generasi aku betul dan generasi kau salah. Ini waktu untuk kenali perbezaan agar dapat kita bertemu di titik persamaan.
.
.
PERBEZAAN PERTAMA :
GEN-Y : cenderung berkomunikasi menggunakan teks
GEN-Z : cenderung berkomunikasi menggunakan imej.
.
Sebab tu sekarang ni emoji berleluasa dan gambar-gambar GIF menjadi pilihan di bahagian komen.
.
.
PERBEZAAN KEDUA :
GEN-Y : Fokus kepada masa sekarang
GEN-Z : Fokus kepada masa depan
.
Maka Gen-Z banyak menghasilkan kerjaya baru yang dulunya tak masuk akal. Main game dapat duit???
.
.
PERBEZAAN KETIGA :
Gen-Y : Agak bergantung kepada orang lain
Gen-Z : Banyak bergantung kepada diri sendiri
.
Sebab tu Gen-Z tak suka kerja dengan orang. Dan tak kisah kena pecat.
.
.
PERBEZAAN KEEMPAT :
Gen-Y : Bijak mengendalikan gajet dalam hidup
Gen-Z : Hidup mereka di dalam gajet
.
Sehari Gen-Z akan menggunakan 5 skrin berbanding Gen-Y yang hanya menggunakan 2 skrin.
.
.

.
Ini antara perbezaan besar antara dua generasi ini. Ingat, ia untuk diraikan.
.
Bayangkan kedua-dua generasi ini bergabung. Dunia akan menjadi lebih padu dan seimbang!
.
.
AMPACOACH BADR
http://bit.ly/ProgramPascaUPSR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *