5 TIPS BANTU ANAK KECAPI KESIHATAN MENTAL

1

Tips ke-4 ramai yang pandang ringan!
.
.
.
.
Risau sungguh zaman sekarang ni kan?
Budak-budak pun dah pandai mengadu depressed!
.
“Saya tension la cikgu.”
“I’m so depressed…what should I do?”
.
Ini bukan dialog pelajar tingkatan 5. Ini yang terungkap daripada mulut seorang pelajar darjah 5.
.
.
Beringatlah, masalah mental hari ini semakin menjadi-jadi. Dan masalah ini tidak terlihat dengan mata kasar. Ia perlukan ilmu dan pengalaman untuk mengenali golongan yang sedang bertarung dengan diri sendiri ini.
.
.
Jom kita bantu bina kesihatan mental anak-anak kita sejak kecil. Mudah-mudahan ikhtiar ini memberi manfaat kepada kita sekeluarga!
.
.
#1 BERADA DI SAMPING ANAK DAN TONJOLKAN KASIH SAYANG
.
Ramai yang duduk di sebelah anak. Namun jasad dan hatinya sangat jauh terpisah.
.
Si anak dengan dunia gajetnya.
.
Malangnya, si ibu dan si bapa juga serupa! Tenggelam dengan dunia gajet masing-masing. Enough is enough! Ini masa untuk tolak gajet ke tepi dan focus untuk berkasih sayang dengan anak.
.
Bagi mereka sedar yang mereka disayangi.
Menerusi kata-kata. Menerusi perbuatan. Menerusi keberadaan anda di sampingnya!
.
.

#2 BERITAHU ANAK ANDA YANG ANDA BANGGA MEMPUNYAI ANAK SEPERTI DIA
.
Please, keep on saying this magic word, “I’m proud of you, my son!”
.
“Ayah bangga ada anak macam Angah.”
“Ummi happy sangat dapat anak macam Adik.”
.
Beritahu.
Tak beritahu mereka tak tahu!
.
.

#3 JADI PENYOKONG TEGAR ANAK ANDA
.
Yes, become number 1 supporter for your kids!
.
Sorak untuk dia! Tunjukkan anda sokong tindakannya yang baik. Nampakkan sokongan tersebut.
.
Satu cara lagi adalah sentiasa galakkan anak untuk buat perkara yang baik.
.
Dan satu cara lagi adalah memuji pencapaian anak walaupun pencapaian itu hanya kecil di mata kita.
.
Ingat, mata kita dengan mata dia berbeza!
.
.
.

#4 BERI MASA UNTUK DIRI ANDA MENJADI PENDENGAR
.
Ini cabaran besar mak ayah zaman sekarang. Kita rasa kita tahu semua. Jadi kita suka sungguh potong cakap anak ketika dia sedang galak berbicara dan mengadu sesuatu yang berlaku kepadanya.
.
Belajar untuk diam. Kenapa? Supaya kita mendengar dengan sepenuh hati dan mendalami apa sebenarnya yang ingin disampaikan.
.
Be a good listener! Don’t hear. LISTEN. Beza ye dua perkataan tersebut. Listen mengajar kita untuk benar-benar memberikan tumpuan dan pemahaman yang details.
.
Percayalah, anda mesti terkejut betapa banyaknya maklumat baru yang membantu untuk anda!
.
.

#5 WUJUDKAN WAKTU BEREHAT UNTUK ANAK
.
Elakkan pressure anak untuk baca buku, baca buku dan baca buku. Kerana banyak juga yang dia boleh belajar dengan cara selain daripada baca buku.
.
Bagi masa untuk dia berehat dan ‘buat apa sahaja’ yang dia mahu. (Mestilah kena pantau.)
.
Dan lebih cantik kalau sewaktu dia rehat, dia lakukan sesuatu yang menjadikan dia lebih segar, kembali cergas dan semakin ceria.
.
.
Selamat mencuba ye! Anda ibu bapa yang hebat! Anak anda juga sehebat ibu bapanya! Insyaallah!

AMPACOACH BADR
http://www.programcutisekolah.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *