SEMINAR PENGURUSAN STRESS

Hari ini agak mustahil untuk manusia biasa bebas daripada masalah stress. Ya, tekanan merupakan sesuatu yang tak dapat dielakkan. Maka sungguh malang bagi mereka yang tidak tahu kaedah dan cara mengendalikan tekanan dengan baik. Setuju?

Maka SEMINAR PENGURUSAN STRESS ini dicipta khas untuk membantu mereka yang mencari-cari kaedah terbaik untuk memimpin diri dalam mengharungi kehidupan dengan seronok, ceria dan bahagia!

Jika anda seorang pekerja, insyaAllah kerja anda dapat diselesaikan dengan pantas dan ceria. Malah matlamat kerja sebagai ibadah lebih mudah untuk dicapai menerusi teknik yang dikongsi menerusi seminar ini.

Jika anda seorang suami atau isteri, insyaAllah hubungan rumah tangga akan lebih bahagia dan pertengkaran dapat dielakkan kerana punca stress akan dikendalikan dari awal menerusi prinsip yang dibongkar dalam seminar ini.

Jika anda seorang pelajar, insyaAllah keputusan peperiksaan akan lebih ‘meletop’ dan dalam masa yang sama anda masih boleh aktif dalam aktiviti ko-kurikulum yang sama penting dengan ilmu buku teks. Konsep menghadapi tekanan dan kaedah menyeimbangkan masa juga diperincikan satu persatu menerusi aktiviti dan modul dalam seminar ini.

Apa lagi yang dinanti? Jom jadikan SEMINAR PENGURUSAN STRESS ini santapan minda dan jiwa di organisasi anda!

HUBUNGI KAMI DI SINI!

Captcha:
9 + 12 =