SEMINAR KEPIMPINAN E.L.I.T.

 

Tidak ada satu bangsa yang mampu hidup tanpa kepimpinan. Malah perjalanan yang disertai oleh 3 orang juga mesti ada seorang pemimpin. Malangnya hari ini kita mengharapkan kepimpinan yang hebat tanpa menanam benih yang hebat-hebat ketika mereka ini masih muda remaja.

Maka SEMINAR KEPIMPINAN E.L.I.T. dihasilkan bagi menyahut tuntutan ummah ini. Program ini bukan sekadar program kepimpinan biasa. Aktiviti yang lasak, disiplin yang ketat, denda yang mendidik dan sesi menangis keinsafan itu semua kerap dilaksanakan dalam kem kepimpinan biasa. Namun SEMINAR KEPIMPINAN E.L.I.T. menjangkau lebih daripada itu.

Peserta yang pulang bukan sekadar letih badannya. Tetapi membawa pulang kemahiran yang perlu ada pada seorang pemimpin iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran mengurus dan kemahiran membahagikan masa. Dan kepulangan peserta juga bakal ditemani mind setting yang jelas untuk menjadi pemimpin yang hebat kepada diri sendiri, keluarga, rakan, sekolah, masyarakat, agama, bangsa dan negara! InsyaAllah!

Tempah SEMINAR KEPIMPINAN E.L.I.T. untuk institusi anda sekarang!

Sedutan Kem Kepimpinan ELIT