SEMINAR FINAL ROUND

Benar, kejayaan memerlukan persediaan awal. Namun dalam masa yang sama kejayaan juga menuntut tindakan saat-saat akhir yang tepat dan hebat. Seandainya langkah yang diambil adalah langkah yang sumbang, dikhuatiri persediaan awal yang dibuat itu semuanya ikut tumbang.

SEMINAR FINAL ROUND dicipta khas untuk memberi tenaga dan kuasa kepada calon-calon peperiksaan yang mahu lakukan yang terbaik untuk memperoleh keputusan yang terbaik! Seminar ini agresif demi memastikan pesertanya akan kekal produktif dan proaktif! Tema ‘boxing match’ diadun bersama untuk menimbulkan aura pusingan terakhir agar tenaga akhir yang terbaik mampu diletuskan.

Remaja cukup suka dengan pendekatan sebegini. Dan apabila mereka sudah suka, maka mudahlah kita memasukkan mesej penting untuk mereka laksanakan dalam kehidupan mereka. Setuju?

Jadikan SEMINAR FINAL ROUND ini sebagai booster terakhir untuk anak didik anda sebelum mereka bertarung di medan peperiksaan sebenar!

HUBUNGI KAMI DI SINI!

Captcha:
11 + 15 =