SEMINAR BRILLIANT STUDENTS

 

Otak memang penting. Kecerdikan dan kepintaran IQ sangat memberi impak kepada kehidupan manusia. Namun adakah itu sahaja yang kita dambakan dan harapkan daripada pelajar-pelajar kita? Berapa ramai yang hari ini hebat IQ tetapi miskin EQ & SQ?

SEMINAR BRILLIANT STUDENTS bakal menghurai dan merungkai rahsia sebenar pelajar yang cemerlang. Sesi ini juga bakal membetulkan pelbagai persepsi songsang terhadap kejayaan seseorang pelajar. Kerana ramai hari ini yang menganggap kejayaan seseorang itu sangat bergantung kepada IQ. Kesilapan yang cukup besar.

Menerusi seminar ini, para peserta juga bakal mengenali diri dan mengenalpasti potensi diri mereka. Kekuatan mereka bakal dimaksima dan kelemahan mereka bakal menjadi sejarah! Seminar  ini juga mengajar para peserta tentang teknik praktikal untuk menewaskan perasaan malas, suka bertangguh, couple, tak faham dan cepat mengantuk!

SEMINAR BRILLIANT STUDENTS ini telah menyelamatkan puluhan ribu pelajar di seluruh Malaysia daripada biasa-biasa menjadi luar biasa. Kini sudah tiba sekolah atau IPT anda menjadi medan perjuangan kami yang seterusnya!

Sedutan Seminar Brilliant Students