SEMINAR BRILLIANT PARENTS

 

Sekiranya anda merupakan seorang ibu atau bapa, pasti anda mengeluh apabila nasihat yang anda susun dengan kata-kata yang jelas akhirnya dicop sebagai leteran dan bebelan! Betul?

Sedar atau tidak, anak hari ini tidak sama dengan ibu bapa mereka. Maka bertepatan dengan pesanan Saidina Omar r.a., didikan untuk anak mestilah sesuai dengan zamannya. Zaman anda mungkin Generasi X atau Generasi Y. Dan anda dididik oleh Generasi Baby Boomers. Kaedah dan caranya lain. Budayanya lain. Persekitarannya lain.

Anak-anak anda hari ini adalah Generasi Z, Generasi Millenia dan Generasi Alpha. Mereka ini lahir ke dunia dalam keadaan yang sungguh berbeza. Budayanya dan persekitarannya jauh berbeza. Anda mesti bersedia untuk tidak bersedia dalam mendepani mereka.

Namun insyaAllah, sekiranya kita berjaya memahami dan bijak memimpin generasi ini, anak-anak inilah yang bakal menyejukkan mata dan hati serta membina jalan mudah untuk anda ke syurga! Amin.

Jom sertai SEMINAR BRILLIANT PARENTS!