SEMINAR BIJAK BERBICARA

 

Dunia hari ini langsung tidak serupa seperti dahulu. Dunia hari ini tiada lagi tempat untuk ulat buku. Dunia hari ini memerlukan manusia yang serba mampu.

SEMINAR BIJAK BERBICARA menyahut tuntutan dunia masa kini dengan melahirkan mereka yang yakin, bijak dan petah berbicara. Dipimpin oleh seorang yg pada asalnya penakut, suka menangis dan gemuruh, SEMINAR BIJAK BERBICARA ini tiada ruang untuk berkongsi teori-teori picisan yang tidak membantu. Semuanya praktikal dan semuanya sangat berkesan untuk mereka yang mahu memiliki bicara yang berpengaruh! InsyaAllah.

SEMINAR BIJAK BERBICARA juga sudah menjelajah ke seluruh negeri di Malaysia dan membantu puluhan ribu mereka yang asalnya gemuruh menjadi yakin berkata-kata. Tidak cukup dengan itu, SEMINAR BIJAK BERBICARA juga membongkar rahsia bahasa badan sehingga mampu menyebabkan anda dikategorikan peramah walaupun belum mula berbicara!

Dari hujung kepala hingga ke kaki, setiap perkara dilatih dan diajar agar anda dapat menyampaikan bicara anda dengan penuh bergaya! Dan semuanya di SEMINAR BIJAK BERBICARA!

Pastikan warga organisasi anda mendapat suntikan ini untuk sama-sama menjadi manusia yang hebat berkomunikasi!

Sedutan Seminar Bijak Berbicara