Produk

Berita baik untuk anda! Sdr. Badrul Sani juga menukilkan buku-buku yang mampu membantu anda menerobosi potensi diri! Anda mampu berada seakan-akan bersama Sdr. Badrul Sani dengan anda memiliki buku-buku ini!

  LANGKAH BIJAK KOMUNIKATOR HEBAT merupakan nukilan masterpiece Sdr. Badrul Sani yang bertindak sebagai pengganti beliau dalam melatih anda untuk menjadi Komunikator Hebat. Dari langkah pertama sehinggalah langkah pintas untuk bijak berbicara, anda bakal dipimpin dan dibimbing untuk mengatasi ketakutan dan menguasai kehebatan berbicara. Anda bakal dihidangkan dengan pelbagai latihan praktikal termasuk latihan mimik muka, latihan kening, latihan lidah, latihan emosi dan latihan nada suara. Percayalah, anda mampu menjimat 2-3 tahun untuk menguasai kemahiran berbicara dengan hanya anda menghayati dan menghidupkan input yang disediakan menerusi LANGKAH BIJAK KOMUNIKATOR HEBAT! InsyaAllah!

HARGA : RM20 (tidak termasuk penghantaran)

——-

Buku Brilliant Students bukan buku teks yang menyenaraikan kaedah teknik belajar.  Ia adalah buku komik yang sarat dengan pengisian. Dipenuhi dengan lakaran berwarna warni dan lukisan yang membantu imaginasi, komik Brilliant Students merupakan adaptasi daripada kisah benar seorang pelajar perempuan yang ingin berubah. From Zero to Hero. Buku ini memaparkan kisah yang penuh inspirasi dan ditunjangi dengan tips-tips pelajar cemerlang. Tips menguatkan ingatan. Tips menghilangkan ketakutan. Tips membaca dengan berkesan. Dan pelbagai lagi input yang telah, sedang dan bakal mengubah kehidupan jutaan pelajar di Malaysia! InsyaAllah!

Harga : RM15 (tidak termasuk penghantaran)

——-

14224828_846695198793834_9189162437218061171_n

Buku Brilliant Parents pula mengumpulkan tips-tips parenting yang terbaik daripada ibu bapa hebat yang pernah ditemui oleh Sdr. Badrul Sani sendiri. Dibahagikan mengikut keperluan anak-anak seperti kategori emosi, spiritual, mental dan fizikal, buku Brilliant Parents mampu memberi nafas baru untuk ibu bapa yang mahukan pendekatan praktikal dan terbaik untuk membesarkan anak-anak!

Harga : RM25.00 (tidak termasuk penghantaran)

———-

Coretan Pembicara Gemilang sepatutnya tidak diterbitkan untuk tatapan umum. Mana tidaknya, segala cerita dan rahsia peribadi Sdr. Badrul Sani dikisahkan di dalam nukilan ini. Kisah beliau menangis setiap kali ingin ke sekolah. Kisah beliau berjumpa dengan detik transformasi dirinya daripada penakut menjadi seorang yg bijak berbicara. Kisah sedih ibunya meninggal dunia juga turut disisip bersama. Mengapa beliau mahu semua ini menjadi tatapan umum? Mudah. Beliau mahu menginspirasi seramai mungkin insan di luar sana yang merasakan mereka tiada harapan untuk menjadi seorang yg hebat berbicara!

Harga : RM17.00 (tidak termasuk penghantaran)

——-

Buku ini sangat istimewa untuk Sdr. Badrul Sani. Inilah buku sulung beliau, nukilan pertama yang telah berjaya membantu puluhan ribu insan di seluruh Malaysia. Ditulis semasa beliau masih di bangku universiti, buku ini juga menjadi rujukan mereka yang mengkaji aspek komunikasi, menghasilkan pengajian tesis dan mahukan kerjaya mereka meningkat tinggi. Bijak Berbicara Mencuit Rasa sememangnya telah berjaya mencuit kehidupan mereka yang mahukan hidup menjadi luar biasa!

Harga : RM15.00 (tidak termasuk penghantaran)

——-

Langkah Bijak Komunikator Hebat (edisi pertama)  merupakan langkah besar perkongsian rahsia dan teknik berbicara yang praktikal. Buku ini bukan untuk dibaca tetapi untuk dikerjakan! Ya, anda perlu bekerja keras ketika menggunakan buku ini. Namun insyaAllah, kesannya juga cukup besar untuk menjadikan anda seorang Komunikator Yang Hebat!!!

Harga : RM12.00 (tidak termasuk penghantaran)

——-

Set VCD Rahsia Pidato Gemilang merupakan satu bingkisan istimewa yang membongkar kaedah pidato yang terbaik menerusi video. Terdiri daripada 4 VCD yang padat dengan pengisian, Rahsia Pidato Gemilang juga menampilkan pemidato-pemidato cilik beraksi hebat di pentas bicara. Set VCD ini bernilai RM250.00 dan kini tidak lagi dijual di pasaran melainkan menerusi Badrulsani.com.

Harga : RM250.00 (tidak termasuk penghantaran)