November, 2016

Jelajah Bijak Berbicara 2016!

bk

“Untuk menjadi seorang yang bijak berbicara, anda memerlukan khasiat yang terbaik untuk tubuh badan!”

Wah, ayat sebijik macam iklan di TV! Hehe…

Pada mulanya saya tidak terlalu menitik beratkan soal pemakanan. Asal ada, saya makan. Namun sekarang ini saya cukup particular dalam bab-bab ini.

Bukan sebab semakin gemuk ye (hehe, sebenarnya ada juga faktor tu), tapi memandangkan kita memerlukan tenaga ketika berjuang, kita mesti pastikan hanya yang terbaik menjadi santapan.

Kini saya bersama Nutri Khaira – khasiat susu kambing, membina bersama gagasan perjuangan untuk mencetuskan kebaikan. Dan cetusan ini berlaku menerusi Seminar Bijak Berbicara; CAKAP BAIK ATAU DIAM JE!

Hampir 10 buah sekolah kami jelajahi. Membawa mesej murni. Mengukir senyuman dan membimbing anak-anak muda menjadi lebih baik. Lebih baik dalam berkomunikasi.

Lebih menghormati ayah dan ibu. Lebih tahu bercakap baik dengan ustaz dan guru. Lebih faham kenapa orang tua-tua suka cara ini dan itu.

Walaupun penat berseminar selama 4 jam, rasa puas kekal buat selamanya! Dan alhamdulillah, tahun hadapan sudah ada sekolah yang bersedia menerima kunjungan kami.

Dan kami akan lakukan lebih baik daripada biasa!!! InsyaAllah!

#ampacitujihad

Read More

3 Langkah Beri Komen Tahap Profesional

Dalam beratus-ratus seminar yang saya kendalikan, saya dapat lihat satu budaya di kalangan peserta khususnya yang berbangsa Melayu, yang agak keberatan untuk memberi komen atau respon kepada rakan mereka yang membuat persembahan atau presentasi.

Alasan paling popular adalah mereka sendiri pun tak hebat dalam presentasi, mana mungkin mereka layak untuk memberi komen kepada presentasi orang lain.

Dan satu lagi alasan adalah mereka takut komen mereka bakal menghiris hati dan perasaan rakan mereka yang membuat presentasi.

Baiklah, mari kita selesai masalah ini bersama! InsyaAllah!

 

Read More