July, 2016

2 Seni Pergerakan Ketika Berbicara

Bolehkah kita bergerak ketika berbicara? Maksud saya berjalan ke situ dan ke sini.

Jawapannya bergantung kepada situasi dan tema bicara anda. Sekiranya anda dijemput untuk merasmikan sesuatu program, maka sudah tentu pelik jika anda berjalan-jalan ketika berbicara. Begitu juga jika anda menyertai pertandingan pidato, sungguh pelik jika tiba-tiba anda bergerak bersama mikrofon yang bertiang itu.

Juga pelik sekiranya anda cuma berbicara di hadapan 5 orang. Pergerakan anda pasti menyesakkan dada sekiranya dilakukan begitu kerap. Kan? Hehe…

Namun sekiranya anda berada dalam situasi yang sesuai untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat, maka elok kiranya anda memanfaatkan setiap inci pentas atau ruang yang ada.

Jika anda berhadapan dengan 1000 orang audiens, ianya menjadi sangat membosankan jika anda sekadar berdiri tegak. Anda mesti bergerak. Menggunakan segala ruang yang ada untuk anda mengendalikan tenaga audiens yang besar tersebut.

Persoalannya, bagaimana nak bergerak dengan ‘stylo’ dan apakah cara yang terbaik untuk melakukan pergerakan ketika berbicara?

Hari ini saya kongsikan 2 Seni Pergerakan Ketika Berbicara!

Read More