October, 2015

APA BESTNYA TRAINING BUDAK-BUDAK NI?

 

PERNAH TAK ORANG PERTIKAI KERJAYA ANDA?

Oh ya… tiba-tiba teringat satu cerita. Pada awal-awal kami ingin menjalankan Program Cuti Sekolah AMPAC buat kali pertama. Tahun 2008. Saat itu juga alhamdulillah dijemput ke sebuah stesyen TV untuk berkongsi input tentang program cuti sekolah ini secara LIVE.

Dan sebenarnya itu kali pertama dapat masuk TV. Hehe… Cuma sebelum kami masuk ke dalam studio, seorang wanita yang mungkin dari team penerbitan bertanya soalan ini dengan muka yg hairan.

“Kenapa you terlibat dengan program macam ni ye?” soalnya. Ramah campur hairan.

Sedikit terkejut dan mungkin tersentak, saya jawab “Apahal?” (tapi tu dalam hati je). Di mulut keluar “Kenapa ye?”

Dia menjawab, seolah-olah memang dah bersedia lama dengan jawapan itu, “bukannya apa, you deal dengan budak-budak. Dan rasa tak famous lah kerja macam ni. Kenapa u build career in this way?” (lebih kurang macam tu la soalan dia. Hehe… dah lama cerita ni. 7 tahun dah. Ada le terlupa sikit-sikit. Sorry.)

Saya kemudian cuma tersenyum. Dan saya kata “mungkin tak famous, tapi demi masa depan ummah, ini lebih berbaloi dari famous tapi tak bagi impak pada masyarakat.” (lebih kurang macam tu la jawapan ku…hehe).

Dan kemudian saya dipanggil masuk ke studio untuk mula berkongsi… And the rest is history (hehe… teknik ni selalu omputih guna sbb malas nak buat ending.)

Bermula dengan tahun itu sehingga hari ini, alhamdulillah, Program Cuti Sekolah AMPAC telah membantu lebih daripada 3000 buah keluarga dalam membangunkan potensi anak-anak mereka.

Ya, 3000 buah keluarga. (tidak termasuk program jangka panjang. Hanya program cuti sekolah.)

Kalaulah dulu menjadi famous atau mengejar nama mengatasi matlamat asal perjuangan ku, mungkin pencapaian hari ini tidak sebegitu.

Sentiasa jaga niat. InsyaAllah lebih mudah sampai ke matlamat yang lebih selamat!

Ok dah. Nak sambung prepare program PERCUMA untuk sekolah rendah dan menengah. Nampak gayanya program esok macam nak kena tunda je… Cuti jerebu… Hehe… Moga Allah permudahkan segalanya.

Read More

6 MUSIM PERSEPSI!

 

Kejayaan dicipta dgn usaha. Jahil ttg makna putus asa.

Kejayaan dibentuk dgn sungguh-sungguh menjaga masa. Tidak kenal erti lambat, lengah dan lesu.

Kejayaan diizinkan oleh Yang Maha Pencipta. Tidak sujud pada nafsu dan syaitan yg mengganggu.

6 musim saya berjuang di medan Persepsi, TVAlhijrah. Masa berlalu sangat pantas.

Tak terkira ilmu yg mencurah masuk. Tak sikit juga ilmu yg disebarkan seusai program.

Insan-insan berjaya ditemui silih berganti. Hebat dlm bidang masing-masing. Perjuangan mereka di lapangan yg pelbagai tetapi dasar kejayaannya tidak banyak berbeza.

Semalam saya terinspirasi dgn kisah Puan Rozita Sendayu Tinggi dan terpukau dgn seruan motivasi Ibu Ros. Dan alhamdulillah ramai yg menonton terkena debu-debu emas bersulam hikmah dari mereka yg berkongsi.

InsyaAllah perjuangan suci ini akan diteruskan meskipun ada cabaran yg melintang di tengah landasan tindakan.

Terima kasih kepada penonton Persepsi yg setia menonton dan berkongsi persepsi saban minggu.

PERSEPSIkan diri anda, untuk mencari jawapan yg pasti!

Read More

Di Mana Letaknya Kekuatan Bicara?

Saya pernah ditanya oleh peserta seminar saya; apa rahsia saya mampu berbicara begitu lancar dan tersusun cantik.

Saya tersenyum. Kehebatan di atas pentas sebenarnya tertakluk kepada 75% kpd apa yg dilakukan di bawah pentas.

Dgn kata lain persediaan sgt penting. Sgt sgt penting. Juara tidak dilahirkan dlm satu hari. Maka kehebatan juga tidak terbentuk dlm satu detik.

Perkara pertama yg perlu disediakan adalah APA YG INGIN DICAPAI MENERUSI BICARA TERSEBUT?

Ya bermula dgn penghabisan. Apa objektif yg mahu dipenuhi. Bermula dari titik itu baru dtgnya perkara yg lain-lain.

Tidak guna berbicara hanya kerana suara sedap tapi isinya tak boleh diharap. Tiada gunanya. Lebih baik diam sahaja.

Sekadar perkongsian mudah dari saya yg masih belajar dan bertatih mengajar.

#ampacoachbadr #ampacitujihad #bijakberbicara

Read More

Rahsia Kekal Bertenaga Semasa Berbicara

Ini bukan iklan ubat kuat!

[ MOMENTUM LUAR BIASA]

Ramai yg tanya saya apa rahsia utk kekal bertenaga sehingga mampu mengendalikan training begitu lama. Gaya training pula sarat dgn energy, disulami tenaga serius, diselangi jenaka yg menjentik minda dan kadang-kadang mengalirkan air mata.

Saya selalu tersenyum. Bukan kerana ada makan ubat kuat lelaki. Tapi kerana penat itu ada. Letih itu wujud. Cuma tidak kelihatan ketika beraksi. Selalu hadir selepas tamatnya sesi.

Namun bagi menjawab pertanyaan itu, maka jawapannya adalah REWARDS APA YG MENANTI ANDA SESUDAH SESSI?

Ya, wujudkan kegembiraan tertangguh. Maknanya, ketika sedang seronok mengendalikan training, nampakkan juga keseronokan selepas training.

Contoh, baru-baru ini, sewaktu Bijak Berbicara Untuk Semua, saya mencipta kegembiraan tertangguh dgn membayangkan betapa seronok dan wanginya detik saya memeluk anak saya selepas habis program ini. Akan saya bawa mereka bersiar. Berseronok. Ketawa bersama. Solat bersama.

Jadi dgn detik yg saya sedang hadapi sbg Trainer ini, saya pulun dan lakukan yg terbaik sbb lepas ni saya akan SANGAT ENJOY! INSYAALLAH!

Maka itulah rahsia saya. Moga bermanfaat!

#ampacoachbadr

Read More

Kenapa Berbicara Mencorak Bagaimana Berbicara… FAHAM KE TAK FAHAM?

Semua orang tertanya-tanya apakah teknik ketika berbicara? Bagaimanakah cara berdiri dengan betul? Bagaimana untuk nampak yakin dan lancar segala tutur kata?

Bagi saya, sepanjang pengalaman saya berceramah sejak usia 17 tahun, persoalan yang pertama yang MESTI ditanya adalah, KENAPA PERLU BERBICARA? Ya, KENAPA. KENAPA adalah soalan yang bakal mencetuskan tindakan yang sepatutnya. Tanpa KENAPA, kita akan terus terperangkap dengan mainan minda. Malah tanpa KENAPA, akan hadir lebih banyak kegentaran dan ketakutan berbicara.

MENGAPA ‘KENAPA?’

Read More