August, 2015

Deklarasi Positif Pagi

Contoh :

ALHAMDULILLAH! Hari ini semuanya cemerlang! Semuanya positif! Dan semuanya bahagia!

Berita baik datang bertalu-talu! Nikmat menghujani hidup. Bersyukur menjadi zikir bibir dan hati. Memberi sudah menjadi hobi. Diri ini positif dan membuatkan orang lain positif. InsyaAllah.

Islam itu cantik. Tetapi dicemburui.
Melayu itu hebat. Tetapi didengki.
Malaysia itu nikmat. Tetapi dikhianati.

Tidaklah adil untuk ku sekadar memerhati, berdiam diri dan memaki sana & sini. Situasi ini memerlukan tindakan. Bukan menggigit jari tetapi bangkit mengharungi cabaran dengan strategi. Strategi yang terlaksana di atas rasa berserah diri dan tawakkal yang tinggi kepada Allah Yang Maha Tinggi.

#ampacitujihad
#ampacoachbadr

PERSOALANNYA MENGAPA? APA PERLUNYA BERDEKLARASI POSITIF PAGI INI?

Read More

Penyakit Malas!

Penyakit Malas!

Sepertimana dalam keluaran lepas, kita berbicara perihal malas. Dan ramai yang memberikan respon tidak sabar menunggu keluaran ini untuk mengetahui kaedah untuk mengatasi malas. Nampaknya ramai yang berkongsi penyakit yang sama. Tak usah risau, yang penting kita kenali diri dan kenalpasti potensi. Kita sedar kita lemah dan sekarang masa untuk kita atasi kelemahan!

Perkara pertama dan utama, sila ubah mind setting anda ke arah yang positif. Sedar atau tidak, selama ini anda malas kerana anda PILIH untuk malas. Dan selama ini, orang lain mampu rajin kerana mereka PILIH untuk rajin. Anda tidak dilahirkan sebagai pemalas kerana anda ini rajin juga orangnya. Anda rajin kemaskini Facebook anda tanpa gagal. Anda rajin bersembang dengan kawan tentang seseorang. Anda rajin  je main games hingga lupa makan minum. Anda juga rajin menonton televisyen meskipun azan sudah pun berkumandang.

Read More