July, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H!!!

Assalamualaikum dan salam Aidilfitiri untuk semua!

Pada hari baik dan bulan baik ini, saya sekeluarga menyusun jari sepuluh seandainya ada tersilap kata, terkasar bahasa, terkhilaf bicara dan tersalah gaya sepanjang kita berkenalan ini. Sesungguhnya yang baik itu daripada Yang Maha Kuasa dan yg lemah itu daripada kita yang dicipta. Semoga lebaran kali ini menyemarakkan lagi ukhuwwah dan mengeratkan silaturahim sesama kita.

Bertakbirlah tanda kemenangan! Dan kemenangan ini akan kita teruskan kilauannya insyaAllah sampai bila-bila!

 

Read More

Asyik Terlupa!

Asyik Terlupa!

         

  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Semoga semuanya ceria, bertenaga dan bersedia untuk memotivasikan diri sendiri. Ingat pesanan Abang Badr sebelum ini, motivator yang terbaik adalah diri kita sendiri. Tugas Abang Badr adalah menerapkan tips motivasi dan ciri motivator terbaik untuk anda semua, bukannya bertindak sebagai motivator hidup anda.

Pada hari ini, Abang Badr nak berkongsi rahsia untuk menguatkan ingatan dan memperkukuhkan memori. Mana tidaknya, ramai di antara peserta AMPAC yang mengadu betapa mereka kerap terlupa dan sukar mengingat ilmu yang dipelajari. Impaknya, peperiksaan yang sepatutnya dihadapi dengan mudah bertukar menjadi mimpi ngeri.  Formula yang diingat, fakta yang dihafal akhirnya lenyap pada saat anda sangat memerlukannya untuk menjawab soalan!

Read More