June, 2015

Ramadan 1436H; Detik Perubahan

Alhamdulillah, Ramadan tiba lagi. Dan alhamdulillah, kita masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk sama-sama menghidupkan Ramadan kali ini.

Sedar atau tidak, mungkin ada di kalangan kita yang kehilangan saudara mara, sahabat handai dan orang penting dalam kehidupan mereka. Dan semoga yang telah pergi itu dimasukkan dalam golongan yang dikasihi Allah s.w.t.. Manakala kita yang masih dipinjamkan nafas ini haruslah menjadikan peluang keemasan Ramadan kali ini sebagai ‘moment’ untuk melakukan transformasi diri.

Ya, inilah detik perubahan untuk kita semua. Ramadan ini hadir sebagai madrasah atau pusat tarbiyyah. Mendidik kita untuk mengendalikan nafsu dengan baik. Membimbing kita untuk memperbanyakkan ibadah seterusnya mendekatkan diri dengan Allah. Juga memupuk sifat keprihatinan kita terhadap mereka yang kurang bernasib baik. Pendek kata, Ramadan adalah detik yang cukup bermakna untuk mereka yang memaknakan hidup ini.

Jadi apa tunggu lagi? Jom kita pulun sungguh-sungguh! Bukan hanya untuk Ramadan. Tetapi menjadikan Ramadan sebagai turning point untuk kita terus menerus berterusan menjadi hamba dan khalifah Allah yang hebat duniawi dan ukhrawi.

Salam Ramadan Al Mubarak dari kami, warga AMPAC!

Read More

Jangan Salahkan Mood!

Jangan Salahkan Mood!

Assalamualaikum dan salam perjuangan kepada semua pembaca! Hari ini kita bakal membicarakan persoalan yang cukup penting tetapi selalu dipandang enteng. Acap kali Abang Badr didendangkan dengan alas an-alasan pelajar kecundang yang mahu meletakkan kesalahan mereka kepada orang lain. Salah satu daripada sebab mereka malas belajar adalah kerana tidak ada ‘mood.’ Sedih dan agak kelakar bunyinya tetapi itulah perkara yang sering dikambing hitamkan oleh pelajar kecundang.

Read More