Komunikasi : 3 Cara memukau audiens !

entrevo-keypersonofinfluence-public-speaking

3 Cara memukau audiens !

Jika anda dapat melakukan 3 langkah ini inshaAllah audiens akan melekat terpikat dengan gaya penyampaian anda !

Apa caranya? caranya dengan bercakap dengan isi menarik dan padat !

ini adalah 3 langkah yang anda patut patuhi.

 

1) Jelas dan Rinci

Isi dahsyat adalah isi yang jelas penyampaiannya dan diikuti dengan huraian terperinci. Huraian ini disokong dengan pelbagai perkara seperti fakta, statistik dan contoh yang sesuai.Selain itu anda perlu lantang dan tiupkan semangat yang ada kepada audiens anda.

Contohnya dalam ucapan berkaitan obesiti selitkan skali statistik. “Tahukah anda, Malaysia adalah negara paling banyak manusia gemuk di Asia Tenggara dengan mencacat 44.2%!, Tinggi bukan?”

 

2) Analogi, Perbandingan dan Cerita

Bicara anda akan lebih menarik dan dapat memukau audiens jika dalam dalam bentuk analogi, perbandingan ataupun cerita. Misalnya anda sedang menceritakan berkenaan penglibatan dalam politik.

“Jika pen ini digunakan untuk menulis kajian sains dan teknologi, siapakah yang layak dipuji akan hasil tulisan tersebut. Sekiranya tulisannya itu mampu memanfaatkan ribuan manusia di seluruh dunia, siapakah yang akan pengikhtirafan? pen atau penulis? Justeru, begitulah juga nasib politik di dunia. Politik tidak hina atau kotor. Yang membuatkannya menjadi hina adalah sikap manusia itu sendiri. Jadi marilah kita berubah”

Ini adalah salah satu contoh yang anda boleh gunakan dari aspek analogi.

 

3) Humor

Cara yang ketiga ini pula dengan menyelitkan humor. Kita kena ingat juga, audiens yang mendengar bukan semuanya suka mendengar orang lain bercakap dicampurkan pulak dengan topik yang agak bosan. Jadi sekiranya anda selitkan humor ataupun cerita jenaka secara tidak langsung dapat menarik minat audiens yang mendengar.

Humor boleh dilakukan dengan pelbagai cara salah satunya dengan meniru atau selitkan cerita yang kelakar. Anda boleh sahaja meniru gaya persembahan yang kelakar daripada internet dan ceritakan semula kepada audiens. pasti dapat menarik perhatian audiens.

 

Jadi itulah 3 cara ataupun langkah bijak komunikator hebat yang dapat menambat hati audiens. Selamat mencuba !

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *