About

 

cropped-BS-Hitam-1.png

BADRUL SANI IS AN ENTREPRENEUR, BEST-SELLING AUTHOR, PROFESSIONAL TRAINER, TV CELEBRITY AND ONE OF THE NATION’S BEST INSPIRATORS

BADR PRO PUTIH SMALL

 

Tuan Haji Ahmad Badrul Sani bin Baharudin dilahirkan pada tanggal 25hb Februari 1983 di Pulau Pinang. Mendapat pendidikan awal di SK Seberang Jaya II dan SMKA Al-Irshad Pulau Pinang, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan undang-undang. Dianugerahkan sebagai pelajar terbaik untuk undang-undang korporat, beliau merupakan seorang pelajar yang versatile, serba boleh dan menjadi contoh kepada rakan sebayanya yang lain.

Beliau mula berkecimpung sebagai penceramah sejak berusia 17 tahun selepas menjuarai Pertandingan Syarahan Peringkat Kebangsaan.

Berbekalkan secebis pengalaman dan kemahiran, beliau mula berjuang sejak 2007 dalam membangunkan modal insan di seluruh negara. Dari melatih pelajar sekolah rendah sehinggalah C.E.O. syarikat terkemuka, Tuan Badrul Sani melakar kecemerlangannya tersendiri dengan memimpin masyarakat dalam menguasai  seni berbicara, teknik belajar dan kepimpinan.

BERSAMA DR. ZAKIR NAIK DALAM PERSEPSI, TV ALHIJRAH.

Beliau juga popular dengan tulisannya yang kini memenuhi rak-rak jualan di kedai-kedai buku utama negara. BIJAK BERBICARA MENCUIT RASA merupakan buku sulungnya yang telah berjasa kepada ribuan pembaca dalam memahami dan mempraktikkan seni bicara yang cemerlang.

BOOKS

Juga dengan buku-bukunya yang lain, Brilliant StudentLangkah Bijak Komunikator Hebat, Coretan Pembicara Gemilang dan Perkenalan Pertama, Tuan Badrul Sani terus menginspirasi insan di seluruh negara.

Pernah dilantik menjadi jurulatih pidato rancangan realiti Adik-Adikku musim kedua dan ketiga serta dilantik menjadi juri pada musim keempat dan kelima, Tuan Badrul Sani juga bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang membantu generasi muda mencapai potensi sebenar.

ADIK

Tuan Badrul Sani juga pernah dilantik oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai jurulatih dalam seni komunikasi dan pidato. Beliau turut dijemput sebagai jurulatih untuk latihan pidato, debat dan forum bagi sekolah-sekolah di Malaysia dan juga jabatan-jabatan kerajaan.

Beliau juga memberikan latihan kepada pegawai-pegawai kerajaan dan ahli-ahli korporat di seluruh negara. Juga berkongsi tips dan panduan bersama para guru, kaunselor dan guru besar dari seluruh negara!

151120083646

Wajah dan cerita beliau juga pernah dipaparkan di dada-dada akhbar.

Dan beliau juga menggunakan kesempatan yang ada untuk mencurahkan khidmat menerusi Majalah Gen-Qlaman blog dan juga akhbar bagi berkongsi kaedah untuk berjaya dalam pelbagai aspek.

GEN Q

Pernah muncul di kaca TV1, TV3, ASTRO OASIS, TV9 & BERNAMA TV, beliau juga merupakan Personaliti TV Alhijrah dan mengemudi rancangan bual bicara terkenal, PERSEPSI.

ZAKIR

Saudara Badrul Sani begitu digemari kerana sikapnya yang selamba, santai dan sempoi. Beliau mampu membuatkan audiens ketawa dan menangis.

SELEB

Beliau mampu membuatkan audiens bermotivasi, terinspirasi dan bersemangat untuk berubah dengan izin Allah. Satu anugerah untuk membangunkan potensi ummah.

PERSEPSI

Sejak Julai 2007 sehingga Julai 2017, mengemudi perjuangan Akademi AMPAC, seramai 65,000 orang telah menyertai seminar/program dan menerima sentuhan motivasi beliau tanpa mengira batasan umur, bangsa dan agama!

Anda bersedia untuk meletuskan potensi diri bersama beliau?