TRANSFORMASI : Cara Mudah Jadi Gembira!

Si anak muda yang semalam menangis, hari ini sudah mampu tersenyum gembira.
.
.
Pengajaran tentang EMPATI yang dikongsi pakciknya benar-benar membantu. (rujuk posting semalam).
.
.
Dalam kegembiraan, si anak muda ini tiba-tiba timbul satu lagi tanda tanya. Baru dia perasan, pakciknya kelihatan sentiasa happy. Bukan setakat ceria malah menceriakan!
.
.
Tak lekang dengan senyuman. Dan sangat suka meraikan tetamu dan sahabat handai.
.
.
Anak Muda : “Uncle, boleh saya tahu bagaimana uncle boleh jadi seperti ini? Maksud saya, sentiasa gembira, ceria dan senyum selalu?”
.
.
Pakcik : “Oh… ini bahagia namanya.” jawapan ini diikuti dengan tawa kecil dari pakciknya.
.
.
Anak Muda : “Bagaimana uncle boleh sentiasa bahagia ye?” soalan ini benar-benar datang dari hati si anak muda. Tak puas hati. Benar-benar nak tahu.
.
.
Pakcik : “Baiklah, baiklah. Ia ada kena mengena dengan sikap EMPATI yang semalam uncle bagitau tu.” sedikit membantu tapi jawapan ini lebih menyebabkan anak muda keliru.
.
.
“Begini, empati adalah apabila kita meletakkan diri di tempat manusia yang sedang menghadapi cabaran dalam hidup. Dengan itu kita akan lebih memahami apa yang mereka rasai. Kita boleh rasa apa yang mereka rasa. Maka tindakan dan kata-kata kita juga akan mengambil kira keadaan mereka. Setuju?”
.
.
Si anak muda mengangguk pantas.
.
.
“Sekarang ini, cuba gunakan teknik ini dalam keadaan berbeza. Seandainya, kita melihat seseorang itu gembira, letakkan kita di tempatnya. Fahami keadaannya. Hayati. Rasai apa yang dia rasa. Dan BERGEMBIRALAH BERSAMA-SAMA!”
.
“Malah kegembiraan akan jadi berganda apabila kita mendengar dan melihat berita mereka yang bahagia. Bayangkan sehari ada 5 orang, maka 5 kali ganda gembira dalam diri kita. Bahagia berganda! Yes, BERGANDA!”
.
“Rasai kesyukuran dengan kejayaan mereka. Ia akan menjemput lebih banyak keajaiban dalam hidup kita. Percayalah.”
.
.
Anak Muda : “Menarik ni!” mata si anak muda ini membulat. Seolah-olah ternampak sesuatu yang cukup membahagiakan. Ini yang dia cari selama ini! Cuma ada sesuatu bermain di hatinya.
.
.
Anak Muda : “Tapi kan uncle. Kadang-kadang, atau sebenarnya selalu, bila kita tengok orang berjaya, kita akan rasa tak puas hati. Jeles. Dengki. Iri hati. Macam mana ye tu?”
.
.
Pakcik : “Baik, di sinilah pemisah untuk mereka yang bahagia dan merana.”
.
“Orang yang bahagia akan melihat kejayaan orang lain sebagai kekuasaan Allah Yang Maha Hebat. Yang dipuji mula-mula adalah Allah. Kerana Dia mengizinkan perkara hebat itu berlaku. Dia Al-Wahhab ; Yang Maha Mengurniakan. Kemudian barulah diucapkan tahniah kepada yang berjaya itu.”
.
“Malah orang yang bahagia itu langsung tidak cemburu atau takut kerana dia percaya yang Allah itu Ar-Razzaaq! Yang Maha Memberi Rezeki. Apabila orang lain berjaya, ia tidaklah menyempitkan rezeki yang cukup luas. Ia tidak mengurangkan sifat Allah yang hebat itu. Malah dengan kepercayaan begini, orang yang bahagia tahu bahawa rezeki untuknya juga sedang menanti untuk mengetuk pintu kehidupannya!”
.
.
Kali ini si anak muda itu ternganga. MasyaAllah, begini rupanya cara pandang orang yang beriman kepada Allah. Bahagianya bukan dibuat-buat. Malah lahir dari hati yang bercahaya. Ikhlas.
.
.
Memuji bukan untuk dikatakan baik. Kerana yang sebenarnya dipuji adalah kehebatan Allah s.w.t..
.
Dan ini pastinya menjemput lebih banyak keberkatan dan kerahmatan dari Ilahi.
.
.
Assalamualaikum dan salam perjuangan semua!
.
Moga hari ini kita menjadi orang yang BAHAGIA! Jangan lupa untuk banyakkan selawat, sedekah dan baca surah al-Kahfi ye!
.
.
ABG BADR
Ingin Bahagia Di Akhirat dan Di Dunia.
#inspirasibadrulsani

img_20181002_183314.jpg