TRANSFORMASI : Teknik Menjadi Pendengar Yang Baik
“Uncle, kenapa uncle faham apa yang saya cakap?” anak muda ini mengelap air matanya. Menderu keluar ketika mendengar nasihat seorang pakcik yang baik hati. Si anak muda ini baru lari dari rumah. Kecewa dengan keluarganya. Datang ke rumah pakciknya untuk berteduh.
.
.
“Ayah saya, mak saya dan keluarga saya sendiri pun tak pernah faham.” anak muda ini menambah.
.
“Bila saya nak luahkan perasaan, mereka SELALU POTONG CAKAP SAYA.”
“Bila saya kongsikan pendapat yang sedikit berbeza, mereka KATA SAYA TAK TAHU APA-APA.”
“Bila saya ada masalah besar, mereka bilang INI SEMUA BENDA REMEH.”
.
.
“Mereka tak pernah dengar apa yang saya mahu sampaikan…”
“Tapi uncle lain. Terima kasih uncle…”
.
.
Pakcik : “Uncle bukanlah orang yang berkelulusan tinggi. Bukannya ada master atau PhD. Uncle cuma lakukan apa yang ramai orang di luar sana jarang lakukan.
.
.
“MENDENGAR dan MELETAKKAN DIRI DALAM SITUASI.”
.
“Dari situlah uncle boleh memahami. Menghayati. Dan melihat dengan kaca mata yang tepat. Kemudian baru uncle bagi nasihat.”
.
.
.
“EMPATI.” Ini adalah namanya.
.
.
.
.
.
Sahabat-sahabat sekalian.
Kita selalu dengar perkataan ini disebut-sebut. Cuma ada di kalangan kita belum benar-benar faham akan maksudnya.
.
Dan mereka yang faham akan menjadi insan yang sangat memahami!
.
Empati adalah apabila kita bisa meletakkan diri kita, perasaan kita di tempat orang lain yang sedang menghadapi cabaran dan kesusahan. Empati menjadikan kita berfikir daripada perspektif orang lain. Kaca mata sebegini menjadikan kita prihatin, mudah simpati, tidak memikirkan diri sendiri dan bertimbang rasa.
.
.
Adakah anda seorang yang empati?
Suami yang empati? Ayah yang empati?
Isteri yang empati? Ibu yang empati?
Pemimpin yang empati?
Ahli pasukan yang empati?
.
.
Ayuh, kita majukan diri. Improve ourselves.
Jadi seseorang yang komunikasinya komunikasi yang empati.
Tidak terburu menghakimi.
Tidak kalut untuk menasihati.
.
.
Mendengar kemudian menasihati menjadikan kita lebih arif tentang apa yang berlaku.
Bercakap tanpa mendengar terlebih dahulu menjadikan kita terhenti di tahap itu.
.
.
Assalamualaikum dan salam perjuangan semua!
.
.
#TalkLikeACEO