Inspirasi : Perlukah Jadi Soleh?
Student : “Cikgu, patutkah saya menjadi orang yang soleh?”
.
.
Si pelajar sengaja bertanya soalan yang dia sendiri sudah tahu. Mestilah jawapannya YA. PATUT. SURE. OF COURSE.
.
.
Si guru lelaki memandang wajah si pelajar yang bertanya. Tenang wajahnya. Malah sempat diukirnya senyuman untuk anak murid yang mungkin mahu berjenaka ini.
.
.
Cikgu : “Ya dan Tidak.”
.
Nah, ternganga si pelajar yang bertanya tadi. Asalnya nak berseloroh, sekarang dia sendiri goyang.
.
.
Student : “Apa maksud cikgu?”
.
.
Cikgu : “Ya, kita perlu menjadi soleh. Malah setiap hari kita kena berusaha untuk menjadi lebih soleh daripada diri kita yang sebelumnya. Ini sifat manusia berjaya. Miliki kelemahan dan kekurangan. Dan dalam masa yang sama mempunyai peningkatan diri dalam mengatasi kelemahan tersebut.”
.
.
Si pelajar itu mengangguk. Asasnya, dia faham tentang itu. Hari ini mesti lebih baik daripada semalam. Esok lebih baik daripada hari ini. Tapi…
.
.
Student : “Tapi kenapa Cikgu cakap TIDAK tadi?”
.
.
Si guru memandang sekali lagi wajah pelajar ini. Kali ini nampak tegas. Seolah-olah cuba menyatakan, ‘sabarlah, tak habis cakap lagi.’
.
.
Cikgu : “Jadilah orang yang soleh. Semakin soleh. Better daripada diri sendiri dari semasa ke semasa. Cuma…”
.
“JANGAN SESEKALI MERASAKAN YANG KITA… LEBIH SOLEH DARIPADA ORANG LAIN!”
“Ingat, Azazil dihalau keluar dari syurga dan bergelar Iblis adalah kerana sebab ini. DIA MERASAKAN DIRINYA LEBIH HEBAT DARIPADA ADAM!”
.
.
Seperti guruh berdentum. Kata-kata itu menusuk ke hati si pelajar itu. TAJAM dan MENDALAM.
.
.
Cikgu : “Fokus untuk menjadi diri sendiri yang lebih baik. Jangan sibuk nak banding sama ada diri kita lebih baik daripada orang lain. Dan kemudian merasakan kita ini lebih bagus. Lebih masuk syurga. Lebih disayangi Allah. Sedangkan mungkin orang lain menyembunyikan kebaikan mereka!”
Buat 3 benda ni :
.
PERTAMA : Rasakan dalam dirimu bahawa kau adalah pendosa yang sentiasa memburu maghfirah (keampunan) Tuhannya. Banyakkan istighfar. Ini mengingatkan kau tentang dosamu sehingga lupa untuk membandingkan dirimu dengan orang lain.
.
.
KEDUA : Buat benda baik senyap-senyap. Kalau boleh jangan ada orang tahu.
.
.
KETIGA : Jangan ambil kredit apabila dipuji. Kembalikan pujian itu kepada Allah. ‘Channel’kan penghargaan itu kepada orang lain atau orang yang memuji itu. “Allahuakbar. Bukan sebab saya bagus. Tapi pasukan saya yang sangat komited. Di balik tabir ini yang sebenarnya hero.”
.
.
Guru : “InsyaAllah, ini sedikit sebanyak membantu. Bab hati ini tak mudah. Tapi bukan bermaksud kita tak boleh melakukannya.”
.
.
Si pelajar tadi tertunduk mengiyakan. Dia belajar sesuatu. Sesuatu yang besar. Walaupun soalan asalnya hanya untuk berjenaka.
.
.
Allah sayang pelajar tersebut. Dia lorongkan guru yang dengan ilmu yang membantu.
.
Allah sayang kita semua. Dia bagi macam-macam hari ini. Belum cakap lagi pasal nikmat yang kita dapat sejak lahir. Just about today’s BLESSING.
.
Berapa banyak nikmat yang kita sedang nikmati manfaatnya sekarang.
.
Allah sayang kita.
.
.
Persoalannya kita sayang Allah tak?
#ampacitujihad