Tranformasi : Kawalan Pergerakan Covid – 19

Hari ini hari ke 3 kawalan pergerakan.
.
.
Untuk kebaikan semua. Walaupun tidak semua aspek menerima impak yang baik, tindakan ini perlu untuk kita memerangi COVID-19.
.
.
Usah ulangi kesilapan Itali. Tatkala arahan kawalan pergerakan dikeluarkan, mereka ambil mudah dan endah tak endah. Be responsible to your country. Your state. Your family. And you, yourself.
.
.
Dalam kekalutan ini juga, ketenangan sangat diperlukan. Prinsipnya, orang tenang akan menang. Prinsipnya juga, apabila tenang semua menjadi senang.
.
.
Ketenangan merangsang kreativiti. Merangsang otak, mendesak minda dan memimpin jiwa untuk menjadi kreatif. Sebab itu kita kena tenang. Supaya kita dapat menjemput idea segar yang baru dan bermutu.
.
.
COVID-19 banyak hikmahnya. Percayalah, rakyat Malaysia hari ini menjadi jauh lebih pembersih berbanding dulu. Setuju?
.
.
Lebih beradab ketika bersin. Lebih sopan ketika batuk. Setuju?
.
.
COVID-19 juga melondeh topeng-topeng mereka yang bertuhankan duit. Juga menampakkan golongan yang mementingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab.
.
.
Dari dasar hati saya ini, saya doakan kalian semua dalam keadaan yang baik, sihat dan TENANG.
.
.
Eh, perlukah saya berkongsi tip bagaimana nak tenangkan hati? Sedangkan kaedah ini cukup terkenal kerana disediakan sendiri oleh Pencipta alam semesta.
.
.
YA, BERZIKIR. Zikrullah pasti menenangkan hati.
Sebelum ini kita asyik sibuk bekerja sampaikan doa lepas solat pun tak sempat baca.
Kali ini, grab this opportunity. Take your time to have your ‘me time’ with Rabbul Jalil. No turning back.
.
.
TENANG.
.
.
Detach diri dengan kesibukan dunia. InsyaAllah dunia akan tunduk di kaki. Akhirat akan hidup di hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *