Inspirasi : Anekdot Spiritual Episod 7

“Kedinginan Taif Dihangatkan Dengan Kerinduan Kepada Mu, Wahai Muhammad.”
.
.
Apabila jemaah Ayaq World tiba di Taif, kami disambut dengan kesejukan yang menggigit. Sejuk sangat.
.
.
Berbeza dengan Madinah, sejuk di Taif ini adalah sejuk yang tidak selesa. Sejuk yang menyebabkan badan dan gigi menggeletar. Syukur lemak badan dibina dengan baik di Malaysia. Haha.
.
.
Malam ketika kami di Taif, kami dibawa untuk makan malam yang cukup istimewa. Asalnya kami akan makan berbumbungkan langit Taif. Namun oleh kerana cuaca yang terlalu sejuk, kami makan di dalam khemah istimewa dengan lauk pauk yang istimewa. Alhamdulillah syukur. Kenyang sampai tahap bersandar kat kerusi arab macam orang kaya zaman dulu-dulu. Hehe.
.
.
Sewaktu perjalanan pergi dan balik, jemaah Ayaq World sangat bahagia. Mana tidaknya, anak-anak kecil kami memimpin bacaan selawat bersama-sama. Along, Aisy, Thaqif dan Arshad memang betul-betul perform malam tu. Sampaikan driver bas kami pun toleh belakang dan bagi sedekah sorang 5 riyal.
.
.
Sedang asyik berselawat, aku memandang ke luar tingkap. Dalam kegelapan malam, sinar lampu yang bercampur cahaya bulan menerangi pemandangan.
.
.
Dan waktu ini, aku melayan perasaan.
.
.
Inilah bumi yang subur dan cantik pemandangannya dengan asbab kesabaran dan kasih sayang Nabi Muhammad s.a.w..
.
.
Semua orang tahu kisah Nabi di Taif.
.
.
Di sinilah Nabi pernah dihalau.
Di sinilah Nabi pernah diherdik.
Di sinilah Nabi pernah dihina.
.
.
Sedangkan baginda hadir membawa risalah. Menyelamat ummah daripada kebinasaan.
.
.
Tak dapat nak bayangkan, bagaimana sakitnya Nabi tatkala dilontar batu. Dilempar tulang unta. Sambil diejek sebagai orang gila!
.
.
Dan bagaimana dalam kesakitan itu Nabi tetap terus bersabar.
.
.
Kemuncak bukti kesabaran dan kasih Nabi kepada ummat adalah apabila baginda menghalang malaikat gunung menghancurkan penduduk Taif. Bagaimana baginda dengan tenang, terus percaya bahawa satu hari nanti akan datang dari tulang sulbi penduduk Taif ini satu generasi yang tidak akan mensyirikkan Allah…
.
.
Wahai Rasulullah, mulianya kamu. Sabarnya kamu dengan ummatmu! Sayangnya kamu kepada ummatmu! Sayangnya kamu kepada kami!
.
.
Moga syurga tempat kita bertemu wahai kekasih Ilahi…
Moga dapat kami tatap wajahmu dan dakap tubuhmu wahai penghulu segala Nabi…
.
.
.
Taif. Kedinginanmu sudahpun hilang dek kehangatan kasih sayang Nabi kepada ku…
.
.
#AbgBadr
Tidak risau tak ramai followers.
Cuma risau seandainya tidak diterima sebagai follower Muhammad s.a.w..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *