Inspirasi : Anekdot “Spiritual Journey” Episod 6
Yang kelakar, unik dan istimewanya umrah kali ini adalah aku berjumpa dengan ramai kawan dan kenalan di Tanah Haram. Yang selalu aku bertemu dan juga yang dah bertahun tidak bersua muka di Malaysia.
.
.
Pertemuan dengan Tuan Hj Abdul Rahman Mat Dali dan Tuan Shahruddin Mat Dali memang sudah diatur awal sejak di Malaysia. Memang kami plan untuk berjumpa di Madinah. Dan memang aku sendiri excited untuk bertemu dan berdiskusi panjang dengan mereka.
.
.
Mereka adalah Board of Directors AMPAC. Bos kepada Kumpulan Syarikat Az-Zahrah. Lain macam meeting kami petang tu. Sembang dan bincang pasal masa depan jihad AMPAC.
.
.
Di Madinah juga aku bertemu dengan sahabat lama di SMKA Al-Irshad, Ustaz Shauqi Hasan. Orang kuat Rarecation. Siap bawa aku ke Masjid Bilal untuk makan kibasy sambil sembang-sembang.
.
.
Aku jumpa sempat bertemu dan berbual dengan Ustaz Syahrul. Kenal dalam program Bijak Berbicara batch 11. Orang kuat Emraz. Bertukar pandangan dan pengalaman membawa jemaah ke tanah suci.
.
.
Aku jumpa dengan Tuan Radzlan Jalal. Ni lagi lama tak jumpa. Classmate di UIAM. Orang kuat PKR. Sempat lagi kami bersembang pasal PM-8.
.
.
Dan ramai lagi yang tak sempat nak sebut nama. Tapi pertemuan dengan mereka sangat meninggalkan kesan.
.
.
Apa yang aku pelajari dalam setiap pertemuan adalah, BANYAKKAN MENDENGAR, kurangkan bercakap.
.
.
Apabila kita banyak mendengar, kita akan banyak belajar.
Jangan asyik kita yang nak bercakap, sebab kita tak dapat belajar banyak daripada suara sendiri.
.
.
Dan apabila mendengar, pastikan kita mendengar untuk memahami BUKANNYA untuk membalas / memberi respons. Sebab orang yang suka mendengar untuk membalas ni, otaknya akan ligat berfikir ayat yang nak dikeluarkan. Sehingga tidak dapat proses dengan baik ayat yang sedang nak masuk dalam mindanya.
.
.
Oh satu lagi, tips untuk lebih banyak mendengar adalah dengan kita :
.
1. Angguk-anggukkan kepala perlahan-lahan. Nak lagi power, sambil usap-usap dagu macam tengah berfikir.
.
.
2. Tanya soalan yang tidak boleh dijawab dengan YA atau TIDAK. Biarkan mereka menerang dan menghuraikan jawapan. Contohnya, “jadi, apa pendapat kau tentang…”
.
.
3. Diam apabila berbeza pandangan. Luahkan sokongan jika pendapat kalian seakan sama.
.
.
Baiklah, semoga menjadi seorang insan yang meraikan sahabat dan kenalan. Juga banyak belajar daripada mereka.
.
.
#AbgBadr
Pendiam yang mengajar orang bercakap