Inspirasi : Anekdot “Spiritual Journey” Episod 5

‘PEPERANGAN’ KE TAMAN SYURGA?

Semua mahu ke Raudhah. Ruang yang istimewa di Masjid Nabawi dan dimuliakan sebagai sebuah taman syurga daripada taman-taman syurga Allah.
.
.
Sepanjang di Madinah, aku terlalu sibuk menyempurnakan beberapa misi penting sehingga peluang untuk aku ke Raudhah hanya tinggal pada hari kedua terakhir.
.
.
Jumaat.
.
.
Hari cuti untuk Arab. Maka berbondong-bondong jemaah hadir untuk beribadah di Masjid Nabawi. Bilangan manusia seperti tiga kali lipat berbanding hari-hari biasa..
.
.
Bersesak-sesak jugalah untuk mereka yang mahu masuk ke Raudhah.
.
.
Aku menghabiskan waktu syuruk di bahagian hadapan Masjid Nabawi. Tempat yang sebentar lagi akan bising dengan bunyi orang berasak untuk masuk ke Raudhah.
.
.
Aku tidak tahu kenapa, tapi saat itu aku begitu tenang. Tidak terburu. Tidak juga resah. Sedangkan jika dilayan perasaan dan pemikiran, aku sepatutnya risau dengan perjalanan untuk ke Raudhah. Pasti lama. Berebut. Letih. Sakit. Dan sebagainya.
.
.
Saat itu aku tenang dan aku SERAHKAN segalanya kepada Allah. Ya, aku detach diriku daripada segalanya dan aku masuk ke dalam kumpulan-kumpulan yang menunggu giliran ke Raudhah.
.
.
Aku duduk. Berbaris bersama saudara-saudara Muslim ku yang lain. Dari India, Pakistan, Turki dan Tanah Arab.
.
.
Aku melihat jam. Hampir jam 8am. Lama lagi ni untuk ku sampai ke Raudhah.
.
.
Dan saat itu juga, tanpa merungut dalam hati, aku mencapai Al-Quran. Aku buka surah Asy-Syams. Dan aku baca perlahan-lahan. .
.
.
Seorang demi seorang keluar daripada barisan. Give up barangkali. Tiada pergerakan walau sudah 20 minit.
.
.
Saat itu aku perasan sekali lagi yang aku cukup tenang. Aku tidak berfikir panjang. Aku terus MENYERAHKAN segala urusan kepada Allah. Aku enjoy the moment.
.
.
Kami kemudian mula bergerak dari satu spot ke satu spot. Aku masih memegang Al-Quran. Biarlah orang nak kata apa. Daripada aku melangut tak buat apa, lebih baik aku terus membaca dan menyegarkan hafalan ku.
.
.
Biar aku punya ‘me time’ ku bersama kalam Ilahi.
.
.
Sungguh, apabila aku detach diriku daripada segalanya, segalanya menjadi mudah. Penantian untuk ke Raudhah dirasakan sangat sekejap. Malah aku sempat menghafal surah baru.
.
.
Dan saat masuk ke Raudhah, aku tanpa sedar dan tanpa perancangan, tiba-tiba berada di tempat yang semua orang mahu solat di situ. Ya, anda tahu di mana. Allahuakbar. Menangis aku saat sujud terakhir.
.
.
Benar bagai dikata. Apabila kita melepaskan dunia dan hanya mengejar CINTA ALLAH. Allah akan memberikan kita segalanya! Lebih daripada apa yang kita jangka. Lebih daripada apa yang kita cita-citakan.
.
.
Sesungguhnya meletakkan dunia di kaki mampu menempatkan akhirat itu di hati.
.
.
Ayuh, kita terus berjuang untuk ke taman syurga!
.
.
Jannatul firdaus.
.
.

#AbgBadr
Detach from worldly possession

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *