Tranformasi : Pekerja Malas!
“KAU BUKANNYA MALAS.” Aku mulakan nasihat (baca leteran) kepada pekerja aku, Si Gen Z, dengan suara yang rendah. Tapi cukup untuk menampakkan ketegasan.
.
.
“Saya dah buat macam-macam bos, tapi masa tak cukup.” Dengan selamba Si Gen Z menjawab. Muka tak bersalah. Sebab bagi dia masa yang bersalah. Sebab tak cukup stok. Ataupun dia lebih berani dari itu, iaitu menyalahkan Tuhan yang menciptakan waktu.
.
.
“Semua orang ada 24 jam kan?” Permainan minda bermula.
.
.
Si Gen Z mengangguk perlahan.
.
.
“Kenapa kawan awak boleh pulak siap kerja dia. Malah sempat pulak bantu kawan yang lain siapkan misi syarikat? Sedangkan korang berdua pegang jawatan yang sama, gaji sama dan jobscope pun sama.” JENG JENG JENG… Bunyi suspen macam dalam cerita P.Ramlee berbunyi kuat dalam kepala Si Gen Z. Aku yakin. Kot.
.
.
Si Gen Z tunduk. Insaf mungkin.
.
.
Aku diam. Untuk tambah dramatik. Aku pandang ke tingkap luar. Acah-acah cerita Melayu yang bossnya nak kena handle RM30b setahun.
.
.
“Apa saya boleh buat ye untuk lebih bagus?” Si Gen Z bersuara. Terketar sikit kedengaran.
.
.
“Tukar soalan tu. APA YANG SAYA BOLEH BUAT UNTUK LEBIH PRODUKTIF?” Wah, tiba-tiba aku bersuara lantang macam nak pergi berperang.
.
.
Nah, ini saya kongsikan dengan kalian semua, 5 tips yang saya gerudi masuk dalam kepala Si Gen Z dan kemudian mamat ni berubah menjadi jauh lebih produktif daripada teammate yang lain!
.
.
PERTAMA : [ SEDIA DENGAN SENARAI ]
.
Senaraikan dua perkara penting.
.
1.PERKARA YANG PERLU DISELESAIKAN
2.PERKARA YANG PERLU DIJAUHI
.
Ramai orang ada TO DO LIST, tapi sangat ramai yang tiada NOT TO DO LIST. Senarai Not To Do List ni sangat penting untuk menjadi benteng dan sempadan dalam gerak kerja. Kerana misi TO DO LIST akan senang-senang sahaja rosak dek kerana tindakan kita yang bersulam dengan perkara yang tak sepatutnya kita lakukan.
.
Contoh kita suka tonton movie sambil buat kerja. Sedangkan kerja kita perlukan fokus. Otak pula hanya ada satu. Apabila bergaul dengan info yang tidak selari, yang paling dominan yang akan menguasai minda. Dengan kata lain, kalau kerja siap pun, kerja kita tiada SOUL. Nothing special. Kerana ruh sangat itu melayang entah ke mana. Hati-hati.
.
.
KEDUA : [ SERANG YANG PALING SUKAR ]
.
Meskipun kita dah ada senarai bagai, tapi ada beberapa misi yang membuatkan kita rasa tidak senang duduk selagi tak selesaikannya. Tapi ia sukar.
.
Begini, apa kata anda bangun dari keselesaan dan all out untuk lakukan yang terbaik bagi menyelesaikan misi yang paling sukar, paling berat dan paling membebankan itu.
.
Kesannya, sangat menakjubkan. Tenaga saat itu masih banyak dan semangat waktu itu berkobar-kobar. Lebih mudah dan lebih pantas berbanding kita jadikan ia sebagai misi terakhir. Hati sepanjang hari rasa tak tenang memikirkan misi tersebut, kan? Sebab itu kita buat awal! Hati akan tenang selepas itu.
.
.
Dan yang paling penting, misi-misi lain akan menjadi sangat mudah sebab minda dah lega dan puas kerana misi besar sudah selesai.
.
.
KETIGA : [ SLASH OUT! ]
.
Tahukah anda, walaupun tindakan memotong misi yang telah selesai kelihatan mudah dan kecil, IMPAKNYA sangat besar!
.
Sebenarnya tindakan ini akan merangsang diri anda berasa produktif dan terus bermotivasi untuk melakukan misi yang seterusnya. Serius. Lain macam perasaannya.
.
Oh ya, memotong (slash out) misi yang selesai menggunakan tangan (pen, highlighter) lebih berkuasa berbanding menggunakan apps. Serius. Lagi ‘feel’.
.
.
Baik, saya kongsikan 3 ini dulu. Nanti saya sambung lagi dua tips.
.
.
SELAMAT BERJUANG SEMUA! Moga kerja kita menjadi ibadat dan jihad. Diangkat sebagai pemberat. Memudahkan perjalanan ke syurga di akhirat.
.
.
ABG BADR
Tengah super produktif ni.
.