Tranformasi : Siapa yang perlu berubah? Mak Abah atau anak-anak?
“Siapa tak nak berubah? Saya dah mula perbaiki kesilapan saya tapi anak saya tetap buat perangai lama. Down dibuatnya. Rasa sia-sia.” luah seorang ibu, 38 tahun.
.
.
“Saya dah bersemangat dah ni Abg Badr. Tapi bila balik rumah, mak ayah langsung tak support. Mereka expect saya berubah tapi diorang takde langsung buat perubahan.” luah seorang anak, 12 tahun.
.
.
Sahabat-sahabat saya yang dirahmati Allah.
.
Ramai yang merungut malah tidak sedikit juga yang luahkan kekecewaan seperti di atas. Mereka adalah orang-orang yang mahu menjadi lebih baik maka dibuatnya perubahan yang baik.
.
Malangnya, perubahan dipandang sepi. Disisih tanpa kasih. Dibiar tanpa sedar.
.
Kenapa agaknya?
.
Saya percaya kepada synchronization. Sinergi antara dua kuasa besar dalam perubahan. Iaitu :
1. IBU BAPA
2. ANAK
.
.
Kedua-keduanya perlu bersama. Tidak bisa dibiarkan hanya salah satu pihak yang beriya menjadi lebih baik sedangkan yang satu lagi tidak. Ia menjadi projek gagal. Malah akan mengundang lebih banyak kegagalan kerana disiram dengan rasa kecewa dan marah atas kegagalan.
.
.
Anak-anak mudah untuk berubah. Tatkala mengikuti program motivasi atau kem, kesedaran timbul dan kemudian perubahan mula menyusul. Cuma tidak disambut dengan efektif apabila pulang kembali ke rumah masing-masing.
.
.
Ibu ayah pula boleh dikatakan agak payah. Bukan kerana degil tidak mahu berubah. Mereka mahu berubah. Cuma sukar untuk menghadiri program-program yang menjentik minda dan membasahi jiwa.
.
.
Ramai juga yang merasakan program parenting ini hanya untuk mereka yang baru hendak membina keluarga. Baru nak up. Ada baby yang belum pandai basuh berak sendiri.
.
.
Itu silap besar.
.
.
Jika saya ditanya tentang parenting, ini jawapan saya.
.
.
“PARENTING bukan tentang apa yang anda patut lakukan kepada anak-anak anda supaya mereka jadi lebih baik. PARENTING adalah apa yang anda patut lakukan KEPADA DIRI ANDA supaya anak-anak ikut menjadi lebih baik.”
.
.
Titik.
.
.
Jadi ayuh, kita sama-sama bekerjasama dengan anak-anak untuk berubah bersama. InsyaAllah mencipta bahagia bersama. Jangan sombong hanya kerana kita hidup lebih lama daripada anak.
.
Kerana mungkin mereka lebih dekat dengan Tuhan berbanding kita yang dilumpuri dosa yang memberat di belakang bahu.
.
.
Anak-anak bukan datang dari kita. Mereka hadir melalui kita.
.
.
Ayuh kita bangkit dan membangkitkan potensi mereka agar mereka hidup sebagai hamba-Nya dan khalifah-Nya yang hebat. Hebat dunia, hebat akhirat.
.
.
Ini 3 Tip Menjaga Sinergi Antara Ibu Bapa dan Anak :
1. Duduk bersama dan berbincang tentang sesebuah topik. Dengar pandangan si anak walaupun kecil. Biar dia dapat merasakan bahawa ibu bapanya BERSAMA dengannya.
.
.
2. Bertanya dan bersedia untuk menerima komen jujur. Ajukan soalan tentang bagaimana anda mampu menjadi ibu dan ayah yang lebih baik. Ya, ini tindakan yang memerlukan keberanian. Tapi impaknya akan menyelesaikan banyak masalah.
.
.
3. Rancang perubahan bersama. Dan yang paling penting adalah tuliskan atau lakarkan di atas kertas. Biar semua nampak. Tambahan pula anak-anak zaman sekarang ini sangat cenderung kepada bahan visual. Tanpa tulisan atau lakaran, mereka sukar untuk menumpahkan fokus. Tak percaya? Cubalah!