Tranformasi : Hidup menyebarkan Ilmu.
Ilmu jangan disimpan.
.
Rugi.
.
Kerana matinya orang yang sangat berilmu tidak sama dengan matinya orang berilmu yang menyebarkan ilmunya.
.
.
Walaupun kita rasa kita bukanlah pakar, namun selagi ilmu yang kita miliki itu baik dan membawa kebaikan, sebarkanlah.
.
.
Untungnya kita di zaman IT ini adalah medan untuk berkongsi bercambah-cambah sampai tak tau nak pilih yang mana.
.
Menerusi tulisan? Boleh. (anda sedang menatapnya sekarang)
.
Menerusi video? Boleh.
Menerusi gambar? Boleh.
Menerusi infografik? Boleh.
Menerusi audio semata? Boleh.
.
.
Yang tidak bolehnya apa?
.
Tidak boleh duduk keras membatu tidak menyebar ilmu.
.
.
Ayuh, anda tidak perlu jadi guru untuk berkongsi ilmu. Tidak perlu digelar sifu untuk menyebar ilmu.
.
Cukuplah anda dengan gelaran terhebat anda iaitu HAMBA ALLAH untuk melakukan misi murni ini.
.
.
Ayuh! Hidup biar memberi manfaat!
