Transformasi : Obat Hati 2.0!

66683582_10157166111978267_6201804725269037056_o

Alhamdulillah! Bersyukur atas segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T

Seminar Obat Hati telah berjalan dengan jayanya untuk sesi yang kedua! Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya hadir ke Seminar Obat Hati.

 

Seperti yang semua maklum, Seminar Obat Hati bermula seawal jam 10 pagi di Pasak Sdn Bhd iaitu di Maxim Citylights Sentul Kuala Lumpur. Peserta yang hadir pada 31 Julai sangat bertenaga dan masing-masing sungguh bersemangat untuk menghadiri Seminar kali ini. Lebih membuatkan saya terkejut ada yang sanggup datang dari Kelantan. Ada juga datang suami isteri dari Kuantan. Ya! Kuantan! Memang hebat pasangan suami isteri ini.

 photo6208753699342362895

 

Untuk sesi yang pertama peserta diminta untuk ber”networking” sesama mereka untuk membuatkan mereka lebih akrab antara satu sama lain. Seterusnya Obat Hati diteruskan lagi dengan sesi untuk kita mengenali diri, potensi kita dan apa penyebab utama kita tidak dapat maksimakan lagi potensi kita.

Ini yang di antara kita terlepas pandang sedangkan potensi sesebuah organisasi bergantung kepada Ketua yang kenal diri mereka. Bagaimana hendak memacu bahtera kalau tidak tahu caranya.

photo6208753699342362936

Dan disini mereka mulai sedar bahawa perniagaan mereka tidak boleh pergi jauh bukan disebabkan Fb Ads mereka sendu, bukan sales team mereka tak padu tetapi punca itu adalah satu iaitu KETUA itu tersebut. Di sesi yang pertama ini iaitu sesi di sebelah pagi ada satu slot iaitu  Audit Diri. Disini semua peserta sudah nampak apa silap mereka selama ini. Apa yang mereka perlu buat dan yang paling penting mereka sudah tahu bagaimana untuk mula perjalan yang baru dengan betul.

 

Selesai sahaja sesi yang pertama di sebelah pagi, semua peserta telah nampak secara menyeluruh apa tindakan mereka selepas ini dan mereka sememangnya makin berkobar-kobar untuk mulakan sesi disebelah petang. Yelah mana mungkin mereka makin tidak sabar sebab sesi petang adalah sesi bagaimana kita nak buat staff-staff kita faham apa yang kita suruh dan mereka dapat buat kerja dengan cekap! Uish biar betul! Kalau macam ni makin mudah la kerja kita dan syarikat pun boleh di pacu laju.

 

Maka bermula sesi yang kedua, mereka lebih faham. Patutlah, ada juga yang kata ” patutlah staff saya tak dengar cakap saya “. Dalam sesi kedua juga Speaker Utama iaitu Tuan Haji Badrul Sani kongsikan tips bagaimana suami isteri lebih saling menyayangi, lebih memahami dan yang paling penting kita tahu selama ini pergaduhan suami isteri ini berlaku hanya salah faham yang kecil. Jadi slot ini mengajar bagaimana si suami memahami “bahasa isteri” dan si isteri tahu “bahasa suami”.

 

Kalau kita faham ini, InshaAllah rumahtangga kita lebih harmoni dan lebih bahagia inshaAllah.

Berakhir sesi yang terakhir peserta Obat Hati lebih faham bagaimana untuk kita fokus business dalam masa yang sama tidak meninggalkan keluarga atau lebih senang untuk cakap yang bahawa mereka sudahpun faham erti “JANGAN BERJUANG UNTUK KELUARGA, BAWA KELUARGA BERJUANG BERSAMA”.

 

photo6208753699342362946

Akhir kata, kita jangan pentingkan diri sendiri, ingat mereka di sekeliling kita, ayah kita, ibu kita, keluarga kita, pasukan kita apa yang kita boleh BERI. Insan yang hebat mereka yang mampu memberi, bukan hanya dari sudut kewangan semata-mata.Ingat, tangan yang diatas lebih baik daripada tangan yang di bawah.

Peserta Obat Hati 2.0 memang terbaikkk!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *