Komunikasi : 3 KESILAPAN KETIKA BERDIRI !

Kadangkala hati ini sudah penuh dengan keberanian.

Minda pula sudah sarat dengan pengisian yang ingin disampaikan.

Tangan pula sudah digenggam kemas.

Namun kesilapan kecil ini berlaku. Dan kesilapan ini menyebabkan bicara anda rosak dan tampak gugup.

Mari kita lihat 3 kesilapan ketika berdiri berucap!

 

KESILAPAN PERTAMA : KAKI USAH TERLALU RAPAT.

Bahaya. Ia menyebabkan anda menjadi kurang stabil. Terhoyong hayang apabila anda mula meningkat bersemangat ketika berbicara. Kalau nasib tak baik, bisa tumbang!

KESILAPAN KEDUA : KAKI USAH TERLALU LEBAR.

Kelakar. Nampak janggal. Secara tidak langsung ia menampakkan anda angkuh dan cuba menguasai secara paksa.

KESILAPAN KETIGA : KAKI SATU DI HADAPAN, SATU LAGI DI BELAKANG.

Lemah. Ya, anda nampak tidak kuat dan tidak tegas. Malahan ini menyebabkan audiens merasakan anda tidak serius dalam menyampaikan mesej.

Maka berhati-hati ketika berdiri. Elakkan 3 kesilapan popular ini. Ia menjadikan anda tampak lebih profesional dan bijak berbicara sekiranya anda berjaya mengatasinya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *