Inspirasi : Saya ada masalah!

56985479_2170041259747158_4083864611109994496_n

“Abang Badr… Saya ada masalah,” mahasiswa ini datang bertanya kepada saya.
.
Saya buat tak tau.
.
“Abang Badr… Saya ni ada masalah.” diulang sekali lagi.
.
Dan saya juga ulang buat tak tau.
.
“Abang Badr… Boleh tolong saya tak? Saya ada masalah ni.” suara sedikit keras berbanding tadi. Namun wajah masih kekal sopan dan mengharap sesuatu.
.
Saya diam. Kemudian rakan di sebelahnya membisikkan sesuatu. Saya yakin rakannya sedang mengingatkan prinsip yang saya baru sahaja kongsikan dalam seminar sebentar tadi.
.
Prinsip ini menyebabkan diri menjadi cekal, kuat dan bersedia untuk berjuang.
.
Prinsip ini cukup mudah kaedahnya. Pantas pelaksanaannya. Dan BERKESAN impaknya.
.
“Oh, maaf Abg Badr. Saya ada CABARAN. Boleh bantu saya?” wajahnya kini lebih teruja. Wajah taubat nasuha.
.
“Boleh-boleh. InsyaAllah. Apa cabaran adik?” dengan tiba-tiba ABG BADR melayan dengan sungguh-sungguh.
.
Pilih perkataan yang betul. Kesannya besar kepada minda dan jiwa.
.
Tukar MASALAH kepada CABARAN.
.
#ObatHati
30 April 2019 | KL
10am-4pm
RM49 untuk 50 org pertama
(Khas untuk mereka yg berkeluarga)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *