Inspirasi : 3 LANGKAH GEMBIRAKAN ANAK

57012675_2168051443279473_1418531950162870272_n

Hari ini saya nak kongsikan teknik yang bakal membahagiakan anda, anak anda dan seluruh keluarga anda, insyaAllah!
.
Sebagai seorang ayah, saya juga menghadapi cabaran untuk memastikan emosi anak-anak saya berada di tahap yang terbaik.
.
Siapa yang tak nak anak-anak gembira, seronok dan ceria? Semua inginkan senyuman terukir di bibir anak, tawa kecil mengiringi mereka setiap hari.
.
Ada kawan saya ni sampai satu tahap, jadi BARAN sebab anak-anak moody. Ye la, baru balik berbisnes, sampai je rumah, disambut muka masam si anak.
Sedangkan dalam hati dia menjerit, “Dah la aku kerja siang malam untuk kau. Alih-alih macam ni kau sambut aku balik!”
.
Sebelum jeritan hati itu berubah menjadi lafaz di mulut, moleklah tengok terlebih dahulu perkongsian ini.
.
TIP PERTAMA :

Gembirakan hati dan stabilkan perasaan diri kita terlebih dahulu!
.
Kadang-kadang anak tak moody pun waktu kita balik. Cuma akibat kita sendiri yang moody, tak happy, fikir negatif dan muka masam, KITA NAMPAK anak kita yang buat perangai!
.
Kesian kat anak.
.
Apa kata kita happykan diri terlebih dahulu. Contoh :
1. Pulang ke rumah sambil mendengar zikir / muzik yang menenangkan. Yang anda gemari. Yang dapat anda alunkan bersama.
.
2. Selesaikan solat sebelum tiba di rumah. Biar tanggungjawab dengan Allah sudah sempurna tatkala anak-anak menatap wajah kita. Lain feelingnya.
.
3. Senyum sorang-sorang selama 1 minit sebelum melangkah masuk ke rumah. Ya, duduk sekejap dalam kereta atau atas motor. Senyum sampai timbul rasa gembira. Kemudian dengan doa dan salam, masuklah rumah dengan penuh rasa syukur dan berserah kepada ALLAH.

.
TIP KEDUA :

Gembirakan pasangan hidup anda! Happykan isteri / suami!
.
Yes, ini adalah insan yang anda patut fokuskan selepas diri anda. Bermanja dan bercakap lemah lembut, biar dilihat dan didengar oleh anak-anak. Layan suami atau isteri dengan penuh penghormatan (walaupun anda tengah keletihan), anda akan mula rasa emosi dipenuhi KERANA ANDA SEDANG MEMBERI. Dan memberi adalah sifat fitrah kurniaan Ilahi. Apabila dilakukan, ia bisa menjadikan hati berbunga-bunga tak henti-henti.
.
Apabila pasangan anda terasa dihargai, dilayan bak raja/permaisuri, istana anda akan dipenuhi aura cinta dan gelombang positif yang lebar dan besar! InsyaAllah.
.
Kalau anak tak tengok aksi ni pun takpe (bukan semua benda anak boleh tengok kan?), yang penting anda sungguh-sungguh menggembirakan pasangan hidup tersebut. Bukan untuk dibalas kemesraan olehnya, tetapi dibalas ganjaran oleh-Nya.
.
Macam-macam boleh buat :
1. Peluk pasangan dan cakap I LOVE YOU kuat-kuat
.
2. Bawak balik cucur kodok garing (dengan syarat ini makanan kegemaran si dia). Dengan kata lain, ada something special (tak semestinya mahal) mengiringi kepulangan anda
.
3. Ajak duduk sebelah rapat-rapat sambil tangan suami atas bahu isteri. Dan berdiskusi apa sahaja isu dengan suara rendah, senyuman tersimpul dan mata bertentang mata. Macam ni punya style, masalah besar pun boleh selesai dengan mudah, insyaAllah.
.
TIP KETIGA :

.
Gembirakan anak-anak.
.
Mudahnya begini. Apabila TIP PERTAMA dan TIP KEDUA dilaksana dengan SEMPURNA, anda sudah tidak perlukan TIP KETIGA.
.
INSYA ALLAH, bukan anak sahaja gembira, setiap inci istana dunia anda akan bergemerlapan dengan cahaya kebahagiaan kerana setiap insan di dalamnya dikurnia rahmat-Nya! Kebahagiaan, ketenteraman dan kasih sayang.
.
MOGA BERMANFAAT untuk anda sekeluarga!
.
Tolong SHARE jika bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *