Inspirasi : 4 SEBAB ISTERI MERAJUK

56832489_2168065333278084_3372316077806583808_n

Seandainya si suami tahu 4 sebab utama ini, insyaAllah bahagia rumah tangga!
.
SEBAB PERTAMA :

Mahukan perhatian
Suami, fokuslah kepada isterimu. Keperluannya bukan semata makan dan pakai.
Mendengar dia bercakap adakalanya sudah cukup membahagiakan isterimu!
.
SEBAB KEDUA :

Mahu diperhatikan
Suami, lihatlah isteri atas dan bawah. Pandang dengan kasih sayang. Dengan cinta.
Dengan rindu. Angkat sikit kening tu kerana itu tanda anda terpesona, terkesima dan teruja.
.
SEBAB KETIGA :

Sedang memerhati
Suami, isterimu sedang melihat tingkah lakumu. Jika kelihatan keretamu lebih penting, handphonemu lebih penting,
laptop mu lebih penting atau akhbar politik online mu lebih penting, DIA AKAN MENYIMPULKAN BAHAWA DIA TIDAKĀ LAGI PENTING.
.
SEBAB KEEMPAT :

Anda diperhatikan!
Suami, jaga-jaga ANDA SEDANG DIPERHATIKAN. Setiap posting anda di FB, IG dan socmed dibaca oleh isterimu.
Usah dikongsi perkara yang menyebabkan dia cemburu. Kecewa dan patah hati. Mohon bijak memposisi diri di dunia maya.
Kerana isteri kenal siapa dirimu sebenar-benarnya di dunia nyata!
.
.
MOGA BERMANFAAT untuk anda sekeluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *