Inspirasi : BUDAK vs CEO

DUA BUDAK SEKOLAHKAN CEO

Si Adik sudah pun monyok. Sesekali mulutnya sengaja dimuncungkan. Masih comel untuk seorang budak.

Kepalanya digeleng-geleng perlahan.

Namanya disebut untuk kesekian kalinya.

AMPACoach Ayie sudah tersenyum kelat. AMPACoach Bo terkulat. Masing-masing cuba memujuk Si Adik ini naik ke pentas untuk berpidato. Majlis persembahan pidato di hadapan ibu bapa sudah lama berlangsung. Dan ini adalah persembahan terakhir.

Saya yang sedang berdiri memerhati di belakang seperti mandur di ladang getah. Cuba mencari solusi.

Semua peserta Program Premium Kanak-Kanak AMPAC sudah selesai beraksi di pentas bicara. Tinggal seorang saja lagi, Si Adik.

“Kalau dia menangis ni, habis lah…” sempat juga hati saya berbisik.

Dan sempat juga saya soroti semula kenangan dan memori melatih anak-anak ini. Semuanya ok. Semuanya cemerlang. Tiada salah dengan modul. Tiada masalah dengan tenaga pengajar.

Sudah beribu pelajar dibantu. Sepatutnya Si Adik ini tiada masalah.

Dan apabila kepala saya berpusing mencari jawapan, tiba-tiba…

“Adik, jom kita buat sama-sama.” Si Kakak tanpa disuruh muncul di atas pentas. Memujuk. Atau lebih tepat, memotivasi adiknya.

Mereka menyertai program ini dua beradik. Si Kakak dan Si Adik. Si Kakak berjaya membuat persembahan yang cukup menarik sebentar tadi.

Kini giliran Si Adik.

“Jom la…” pujuk Si Kakak. Saat itu seluruh dewan terdiam. Mulut tertutup tetapi hati semuanya masing-masing terasa ‘sweet’nya…

Saya dengan pantas, tangkap gambar detik ini. Dan yang paling menyebakkan, sehingga saya pun tak pedulikan dah tentang kamera, apabila kedua-dua Muslimah comel ini berpidato bersama!

53476420_10156884554298267_8377328161750253568_o

….

Boleh bayangkan perasaan saya waktu itu?
Tak tahu nak cakap apa, tapi saat itu saya membayangkan perasaan ibu bapa Si Kakak dan Si Adik. Mesti berbunga tahap gergantua saiznya! Sekurang-kurangnya, pasti di dalam hati itu menangis kerana gembira!

Alhamdulillah.

Si Kakak dan Si Adik ini mengajar saya satu perkara.

Betapa besar, lebar dan kuatnya kuasa berSAUDARA.
Betapa indahnya apabila dijaga dan diraikan kehidupan berSAUDARA.
Betapa ‘sweet’nya suasana dan gembiranya hati ibu bapa apabila anak-anak mereka bersama menjaga tali perSAUDARAan sebaiknya.

Jangan persiakan SAUDARA kita sama ada dekat atau jauh.
Abang. Kakak. Adik. Sepupu. Sepapat.

Cuba whatsapp adik beradik anda sekarang satu emoticon smiley!

Badrul Sani
The one and only ANAK BONGSU dalam keluarga…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *