Komunikasi : Soalan PENENANG HATI

***SOALAN PENENANG HATI***

Ada yang pernah tanya saya sebelum ini.

Apa yang patut saya tanya soalan kepada diri sendiri yang membolehkan saya jadi lebih tenang. Kerana orang yg tenang dapat mengawal keadaan.

Baik. Jawapannya mudah. Soalan penenang hati tersebut berbunyi sebegini :

“APA PERKARA YANG TERBURUK BOLEH BERLAKU?”

Soalan ini kedengaran macam negatif tetapi sebenarnya membolehkan anda lebih selesa.

Katakanlah anda perlu bercakap di hadapan Kanak-kanak berusia 10 tahun di sebuah sekolah. Sedangkan anda selama ini hanya bergaul dengan audiens dewasa.

Anda jadi kaget dan gemuruh. Maka tanyalah soalan ini kepada diri anda :

“APA PERKARA YANG TERBURUK BOLEH BERLAKU?”

Antara jawapan yg mungkin keluar adalah “budak-budak tu bising dan sembang kuat-kuat, buat tak tau je pasal aku.”

Baik, jawapan itu kemudiannya akan dilihat semula. Kalaulah perkara tersebut benar-benar berlaku, teruk sangatkah keadaannya kepada anda?

Mati ke? Cedera ke? Jatuh maruah ke?

Apabila anda jawab tidak dan merasakan anda mampu untuk menghadapinya, ANDA SEBENARNYA BARU SAHAJA MENENANGKAN HATI ANDA!

Dan percayalah, ini akan menyebabkan anda jadi berani dan lebih yakin daripada sebelumnya. Dan insyaAllah, apa yg anda bayangkan itu takkan berlaku.

Dan yang paling menariknya adalah apabila yang benar-benar berlaku adalah sesuatu yang jauh lebih cemerlang daripada apa yg dibayangkan.

Cubalah!

38855442_10156419338098267_5681373144191860736_o (1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *