Komunikasi : CARI dan MAJORITIKAN (Kalau Nak Selesa Atas Pentas)

**CARI DAN MAJORITIKAN**

Untuk lebih selesa berada di atas pentas, ini teknik pantas untuk anda.

Khususnya untuk anda yang cepat gemuruh apabila audiens anda jenis yang serius dan terpaksa hadir mendengar bicara anda.

Teknik ini bermula dengan mencari wajah audiens anda yang tampak positif. Tersenyum. Mengangguk. Atau apa sahaja yang menyebabkan anda selesa melihat wajahnya.

Dah jumpa, anda pasakkan dalam minda anda bahawa SEMUA AUDIENS memberikan reaksi yang sama!

Ya, majoritikan wajah ini. Anggap saja semua orang seperti wajah orang yg anda suka itu. Anda akan lebih selesa dan bersemangat!

Tapi… Kalau takde langsung muka yang positif, pastikan anda bawak kawan dan upah untuk duduk sambil senyum di tempat audiens! Hehe…

39064426_10156419389138267_1056032651636375552_o

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *