Inspirasi : Merindui RAMADAN

MANIFESTO RAMADAN

Khutbah Jumaat kali ini langsung menyebabkan mata ku segar. Malah hatiku hidup sehidup2nya dari mula sehingga akhir khutbah.

20180511_150015_0001-01

Ia berkaitan tentang RAMADAN.

Bulan yg kita patut rindu. Lebih rindu drpd mendengar berita parti politik yg kita sokong menang besar.

Bulan yg kita patut ternanti-nanti. Lebih teruja drpd menanti result PRU.

Bulan yg kita patut dambakan. Lebih tinggi pengharapannya drpd menunggu upacara angkat sumpah PM baru.

Aku termangu seketika. Melihat semula betapa hari yg berbaki tidak banyak. Preparation ke laut. Latihan tidak cukup ampuh.

Habis saja solat, aku terus bawak Daniel ke kedai mamak. Reward utk anak sbb fokus, tenang dan supportive sepanjang solat Jumaat berlangsung.

Dan di situ kami minum berdua. Man to man talk. Kami start rancang untuk Ramadan.

Apa yg nak dicapai? Senarai misi. Dan tindakan lanjut utk menyempurnakan misi-misi ini. Sambil masing-masing melayan air yg diorder utk membasahkan tekak.

Dan misi yg paling besar utk tatapan semua adalah BERTAUBAT. Ya, taubat.

Apabila khatib cakap pasal ni, aku tak tunggu utk mengangguk-angguk setuju. Keampunan perlu diminta sungguh2 sblm Ramadan tiba.

Khususnya dosa2 yg dilakukan secara sengaja atau tidak sepanjang musim pilihanraya. Khatib hari ni tegas dan sound direct kpd semua. Tentang fitnah2, caci dan maki yg menjadi zikir hamburan umat Islam sepanjang musim PRU 14.

Enough is enough.

Kalau korang nak teruskan membantai, memerli, menghina dan mengata, silakan.

Aku nak sambut Ramadan sebaik mungkin. Kerana aku tak sebaik mana. Dan ini masa terbaik utk membuat perkara-perkara baik dgn cara yg terbaik!

Ayat Daniel waktu nak balik : “Best la Ramadan dah nak sampai. Esok nak puasa lah. Nak berlatih dan bersedia!”

Aku syukur saat ini. Seronok.

Walaupun byk soalan politik yg belum selesai (takkan selesai pun), aku mesti bijak dalam mengutamakan yg utama!

Ini masa utk buat kerja. Yg menguntungkan akhirat. Yg menguntungkan dunia.

Korang dah ready nak sambut Ramadan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *