Transformasi : Malaysia BARU

✖️ Nota Pilihanraya 2018 : Episod Grand Finale ✖️

Alhamdulillah thummalhamdulillah.
Tidak ada kalimah lain melainkan kesyukuran tidak terhingga kpd Yang Maha Esa.

 

IMG-20180509-WA0035

Selamat mengemudi Malaysia yg baru kpd barisan kepimpinan negara yg terpilih.

Moga Allah pelihara kita semua di dunia dan akhirat.

Ayuh kita semua #moveforward.
May be masih ramai yg tak boleh #moveon, tapi kita perlu pantas utk mengatur langkah agar lebih laju utk maju ke depan.

Ini sinar hikmah apabila kita mengundi berpaksikan redha Ilahi. Terima keputusan dgn redha di hati. Melihat segalanya sbg kasih sayang daripadaNya. Memandang semuanya sbg doa yg dimakbulkan.

Jom mula hidup yg baru. Yg lebih bermutu. Kualiti di mata manusia, kualiti di sisi Allah swt..

Usah bazirkan masa dengan memperli rakan yg tewas. Menyindir mereka yg kalah. Memulang paku buah keras kpd penentang pendapat kita.

Ini masa utk tarik tgn2 rakan yg telah kita lukakan hati mereka. Bermaafan. Dan bina kerjasama untuk bangkit bersama.

Ingat, musuh kita yg sebenar adalah SYAITAN dan tentera2nya. Senyuman kita kpd ummah meskipun ideologi politiknya berbeza tetap menyebabkan syaitan menangis tertonggeng kecewa!

Allah Maha Besar.
Allahuakbar.

#pru2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *