Tips TRANSFORMASI UKHUWWAH

[ Daripada Dibenci Kepada Digemari ]

Ramai yang mendambakan situasi yang mana mereka disukai oleh orang ramai. Malah lebih ramai yang mengimpikan situasi yang mana mereka digemari oleh orang yang rapat dengan mereka. 
.
Contohnya ahli keluarga, ahli pasukan, orang bawahan, orang atasan dan mereka yang sering berada di sekeliling mereka.
.
Secara prinsipnya, ANDA perlu meletakkan diri anda di tempat mereka. Jangan mengharapkan mereka memahami anda. Anda yang perlu terlebih dahulu bertindak. Bertindak dengan bijak dan berkesan!
.


22499145_1508459035905387_8559635613002482819_o

Ini 3 Jambatan Kukuh Membina Hubungan Utuh
.
1. TINGGALKAN KERUSI ANDA, DUDUK DI KERUSI MEREKA :
.
Buatlah apa sahaja yang membolehkan anda melihat daripada kaca mata mereka, berada di dalam kasut mereka dan memandang sesebuah situasi dengan gaya fikir mereka. Berbual dengan mereka.
.
Dengar apa yang dikata. Belajar gaya dan budaya mereka serta kehidupan mereka. Atau lebih mudah, anda memang pergi DUDUK DI KERUSI MEREKA!
.
Rasai bahawa anda adalah mereka. InsyaAllah, anda akan lebih memahami. Dan apabila anda berkongsi kefahaman yang sama, lebih mudah anda membina hubungan yang kukuh. Setuju?
.
2. IKTIRAF IDEA DAN PANDANGAN MEREKA MESKIPUN BERBEZA :
.
Semua orang ada gaya fikir masing-masing. Manusia memang berbeza. Daripada anda melawan fakta ini, lebih anda raikan dengan cara yang terbaik.
.
Yang menariknya, apabila anda cuba untuk mengiktiraf perbezaan idea ini, anda akan mula memaksa minda berfikit lebih dalam. Anda bakal menjadi lebih kreatif. Juga berhati-hati dalam membuat keputusan.
.
Malah, insyaAllah, sikap ini akan menghasilkan keputusan yang lebih baik daripada anda!
.

3. TANYA APA YANG MEREKA AKAN LAKUKAN JIKA MEREKA DI POSISI ANDA :
.
Ini memerlukan ego yang terkawal dan hati yang bersedia untuk menerima idea perubahan. Jika anda jenis yang tak boleh menerima idea yang lebih bernas, ego anda terlalu besar dan merugikan.
.
Jika anda bijak, respon mereka tentang soalan ini akan mempercepatkan anda maju ke hadapan. Menjimatkan masa. Malah menjimatkan wang!
.
Dengan hanya satu soalan, anda bukan hanya merapatkan hubungan malah lebih daripada itu! Mereka akan merasakan bahawa anda mengambil berat pandangan mereka. Mereka semakin menghormati kerana semakin dihargai.
.
InsyaAllah sangat membantu! Sangat berbaloi!
.
Jom kita lakukan bersama! Transformasi diri untuk menjadi diri anda yang terbaik! Sebagai hamba-Nya dan khalifah-Nya! Biiznillah!
—————————-

BERMINAT UNTUK MENJALANI PROGRAM TRANSFORMASI DIRI DI LOKASI TERBAIK DUNIA?

Sertai Young Executive Umrah 2018 bersama Tuan Hj Badrul Sani pada 11 – 18 April 2018 ini untuk pengembaraan rohani, emosi dan skil yang cukup berbaloi!
.
Bermula dengan harga serendah RM5990, anda bakal menikmati bimbingan dan latihan bernilai RM10,000!
.
Dan untuk 40 orang pertama, ada hadiah bernilai RM1500 menanti anda!
.
Hubungi kami (Whatsapp Puan Raidah 019-4509025 untuk maklumat lanjut).

INPUT YEU 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *