Tips TRANSFORMASI DIRI

Ramai nak berubah. Berkobar-kobar. Menggeletar tubuh badan kerana bersemangat. Melompat kegirangan kerana teruja.

Namun selalunya perubahan akhirnya tinggal impian semata-mata. Kenapa?

Apa cabaran manusia untuk melakukan transformasi dalam hidup mereka?

MEREKA TIDAK TAHU APA YANG PATUT DIUBAH!

Januari menjadi bulan yang popular untuk berubah. Kenapa?
KERANA RAMAI ORANG NAK BERUBAH.

Maka kita pun semangat nak berubah. Ikut-ikut orang. Lastly, kita stop bila orang stop. Lagi kesian, kita stop paling awal!

22499145_1508459035905387_8559635613002482819_o

**Perubahan Ada Kaedahnya**

Kita perlu bezakan apabila kita berasa EXCITED dengan apabila kita berasa DEDICATED.

Dua perkataan ini cukup berbeza maksudnya!

Excitement akan hilang. Kalau tak cepat pun, lambat laun akan hilang.

Sewaktu excitement untuk berubah ini hilanglah, kita perlu DEDICATED untuk terus buat, buat dan buat.

Untuk mencapai tahap ini anda PERLU TAHU APA YANG NAK DIUBAH.

Tak semua perubahan itu bagus. Jadi anda mesti jelas, apakah yang mesti diubah.

**Selepas Tahu, Kena Mahu**

Bagaimana nak rangsang minda dan jiwa untuk MAHU? Ini masanya untuk anda BINA KENAPA ANDA MESTI BERUBAH!

Bina sebanyak mungkin sebab-sebab tersebut. Lagi banyak sebab, lagi power kekuatan dan kemahuan anda.

Nak lagi POWER? Tuliskan sebab-sebab tersebut. Tulis dengan tangan. Tulis bersama emosi yang meluap-luap. Tulis dengan fikiran yang berwarna warni dengan imaginasi.

Nak bertambah-tambah POWER? LEKATKAN apa yang anda tuliskan tu di tempat yang anda akan lihat SETIAP HARI.

Sebelah cermin solek, BOLEH.
Dinding depan meja kerja, BOLEH.
Asalkan nampak dan SELALU NAMPAK. BOLEH.

**Dah hampir 20 Januari 2018**

Selalunya waktu ni ada azam sudah pun semakin lemah. Ada yang masih berkobar. Ada jugak yg sampai sekarang tak letak apa-apa azam. Hehe…

Yang penting, BIJAK DALAM MENTRANSFORMASIKAN DIRI.
Ada cara. Ada kaedahnya.

Saya sendiri ada misi dan visi untuk 2018.

Antaranya? Menjadi bapa yang lebih baik.

Kenapa? Itulah kerjaya saya yg sebenar. Menjadi Professional Trainer, Penulis, Celebrity TV dan sbgnya hanya supporting career untuk kerjaya saya yang sebenar.

Kaedahnya? Saya mulakan dengan budaya makan dalam talam bersama dengan anak-anak dan isteri. Saling suap menyuap. Kongsi berkongsi. Bermesra-mesraan.

Walaupun kami ada meja makan bulat besar, kami seronok duduk bersila di bawah. Handphone, tablet, TV dan apa sahaja gangguan, ditolak ke tepi.

Ini masa untuk bonding dengan keluarga. Menikmati rezeki yang dihulurkan oleh Yang Maha Pencipta. Detik untuk menghidupkan sunnah kekasih-Nya.

Alhamdulillah, kaedah ini sangat menjadi!

Anda pula bagaimana? Boleh kongsi sikit apa yang anda UBAH pada tahun ini?

WhatsApp Image 2018-01-13 at 2.22.05 PM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *