SKRIP vs SPONTAN

Perlukah anda bawa skrip ketika berbicara? Atau nota kecil lebih bagus? Atau biarkan sahaja lisan ini berbicara spontan?

Atau lebih dramatik jika ditanya, mana lebih bagus, BAWA SKRIP atau BAWA NOTA KECIL atau BICARA SPONTAN SEMATA?

Anda rasa bagaimana? Yang mana satu yang lebih bagus? Kenapa?

Jika tanya saya, jawapannya SEMUANYA BERGANTUNG KEPADA SITUASI BICARA ANDA!

BILAKAH SKRIP DIPERLUKAN?

* Apabila anda sedang menyampaikan mesej yang spesifik dan penuh perincian
* Kebarangkalian anda terlupa perkara detail adalah tinggi
* Apabila ia melibatkan proses yang tidak boleh tertinggal walaupun satu perkataan
* Apabila bicara anda membawa kesan besar seperti implikasi undang-undang

BILAKAH NOTA KECIL DIPERLUKAN?

*  Apabila anda memiliki pengetahuan yang luas tentang setiap point yang tertera
* Tidak ada risiko besar sekiranya ada point yang tertinggal
* Apabila anda mahu banyak berinteraksi dengan audiens

BILAKAH ANDA PATUT SPONTAN?

* Apabila anda berbicara perkara yang anda benar-benar hayati dan dalami.
* Apabila anda sudah banyak kali menyampaikan perkara tersebut.

Jadi anda yang tentukan, bagaimana cara yang patut anda guna pakai ketika berbicara. All the best!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *