CARA MENGHADAPI AUDIENS YG RAMAI! Mudah Sebenarnya…

Alhamdulillah, saya pernah mengendalikan himpunan yang melibatkan puluhan ribu orang di Stadium Shah Alam, Stadium Malawati dan Stadium Nilai. Saya pernah mengendalikan seminar untuk ribuan audiens di Universiti Malaya dan Hotel Sunway & Resorts.

Sungguh, ia satu pengalaman yang cukup menarik. Dan sungguh, pendekatan yang perlu digunakan ada sedikit perbezaan jika berdepan dengan audiens yang bilangannya kecil.

Ada 3 cara semuanya. Ya, hanya 3!

1. GERAKAN TANGAN ANDA PERLU LEBIH ‘EXPANDED’

Ya, gaya pergerakan tangan anda perlu dipanjang dan diluaskan lagi. Anda tidak boleh menggerakkan tangan ala-ala sopan dan acah-acah ayu. Pergerakan tangan yang kecil menampakkan anda tidak menguasai keadaan. Automatically menampakkan anda tidak yakin. Sedangkan anda memang berani dan berapi-api dalam diri! Jadi untuk betulkan tanggapan audiens, gesture anda perlu diperluas atau di’expanded’kan.

2. SUARA ANDA PERLU DILONTAR DENGAN BAIK

Panjang ceritanya kalau nak cerita pasal lontaran suara ni. Cuma yang penting, anda tidak boleh berbicara sepantas anda bercakap dengan ratusan orang. Anda perlu ambil kira dengan echo atau bunyi suara anda yang akan bergaung (bergantung kepada sistem PA tempat tersebut). Seandainya anda bercakap terlalu laju, dikhuatiri mesej anda akan kabur dan audiens tidak puas mendengar. Lagi teruk, audiens akan salah faham!

3. MENGGUNAKAN RUANG DENGAN LEBIH LUAS

Pergerakan kaki anda perlu lebih cergas. Anda perlu bergerak lebih jauh berbanding anda berbicara di hadapan audiens yang sedikit. Ini akan memudahkan anda menguruskan tenaga di dalam dewan tersebut.

Jika anda bercakap menggunakan rostrum, pastikan kepala anda diarahkan ke arah audiens duduk. Anda tidak perlu bergerak. Ini lebih mencabar kerana mesti pastikan suara anda padu dan cukup lantang. Jangan lupa gerakan tangan yang di’expanded’kan.

Ingat, yang menakutkan kita bukanlah 100 orang audiens atau 1000 orang audiens atau 1,000,000 orang audiens! It’s all about your mind!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *