Usahawan Hebat WAJIB HEBAT BERBICARA

Minggu lepas, jadual saya penuh dengan program. Program yg berkaitan dengan usahawan dan keusahawanan. Alhamdulillah. Rezeki. Rezeki untuk terus memberi. Rezeki untuk terus menerima.

IMG_1687

Uniknya, program-program saya semuanya melibatkan aspek keusahawanan. Yes, entrepreneurship!

Isnin : saya bertraining di Sidang@Subang bersama barisan kepimpinan BNI Chapter Berbahasa Melayu. Menekuni strategi untuk membawa BNI Chapter Perdana terbang lebih tinggi. Dan sepanjang program ini juga kami sedari betapa kemahiran berkomunikasi itu cukup mustahak untuk semua pihak.

20045529_10213629225987733_3044149301829528798_o

Selasa & Rabu : saya bertraining di Agrotek Hulu Langat dalam program Team Building BNI Perdana. Dua hari satu malam bersama usahawan-usahawan hebat memang mengujakan! Masing-masing mengeluarkan karektor sebenar diri. Dan dalam program ini juga, sempat saya kendalikan slot yang mencabar kemahiran komunikasi mereka sebagai pemimpin. Memang ohsem!

20139786_10155451573123267_8386383144346408392_n

Khamis & Jumaat : saya bertraining di Menara PUNB, Kuala Lumpur. Kali ini saya bersama dengan 50 orang kontraktor muda yang kini dalam pembikinan menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang pembinaan. Saya fokus kepada keyakinan diri untuk berdepan dengan audiens. Juga membongkar rahsia untuk berkomunikasi, bernegosiasi dan membuat presentasi yang betul-betul berkesan!

20246434_10155464754013267_1780385425677600181_n

Sabtu : saya bertraining di SMK Dato Hj Hussein, Selama, Perak bersama 500 orang pelajar dari kawasan Parlimen Larut, Perak. Dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak dan bertemakan Bijak Niaga, Bijak Belajar, program ini saya fokuskan kepada kesedaran untuk mereka menjadikan keusahawan sebagai bidang pilihan utama untuk berjaya. Saya juga sempat membongkar Rahsia Brilliant Students untuk mereka bangkit bagi melakukan yg terbaik untuk PT3, SPM dan STPM yang bakal berkunjung tiba!

Alhamdulillah dari Isnin hingga Sabtu. Saya sendiri dapat merasakan betapa mustahak dan pentingnya kemahiran BIJAK BERBICARA yang saya ajarkan ini kepada semua usahawan dan bakal usahawan. Tanpa kemahiran ini, sangat sukar bagi mereka yang ingin menjadi usahawan yang berjaya!

Dan saya sendiri semakin sedar yang perjuangan untuk membangunkan ummah ini wajib cekal agar kekal mengaum mengesan jiwa dan minda mereka!

Dan sekarang saya sangat teruja untuk berkongsi lagi rahsia BIJAK BERBICARA pada 30 Julai 2017 ini bersama peserta BBUS (Bijak Berbicara Untuk Semua) di AMPAC Bangi! Jumpa di sana!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *