TEKNIK SOAL JAWAB! Ini Caranya…

Jangan takut sekiranya bicara anda ada ruang untuk sesi soal jawab. Malah anda patut rasa bersyukurdengan sesi ini. Usah bimbang dengan rasa hati yang merasakan ilmu anda cetek dan pengalaman tahap masih bertatih.

Semuanya ada seni. Ada cara. Ada kaedahnya.

Ketahuilah wahai saudaraku, pertanyaan yang diajukan oleh audiens bukanlah sesuatu yang patut digeruni. (Hehe…macam ayat kitab lama).

Ya, kita tak payah takut sekiranya ada soalan daripada audiens. InsyaAllah, jika anda jelas tentang seni ini, anda akan teruja untuk mengadakan sesi soal jawab bersama audiens anda!

Apapun, prinsip asasnya adalah JANGAN KELENTONG! Hehe, maknanya jangan berbohong atau hentam sajalah jawapan yang diberikan kepada audiens. Buruk sungguh akhlak tersebut. Kan?

Prinsip asas kedua adalah KALAU TAK TAHU, JAWAB TAK TAHU! Mudah kan? Anda tidak hilang maruah jika mengaku tidak tahu. Lebih teruk jika anda buat-buat tahu. Kan?

Lebih mulia jika anda dapat berikan rujukan untuk audiens dapatkan jawapan mereka. Sekurang-kurangnya walaupun anda tidak tahu jawapan, anda tahu siapa yang ada jawapan dan di mana jawapan berada. Kan?

Baiklah untuk menjadikan anda teruja untuk sesi soal jawab, ini adalah apa yang anda perlu tahu tentang situasi soal jawab :-

1. ORANG BERTANYA KERANA MUNGKIN ADA PERKARA YANG KABUR.

Mungkin anda terlepas pandang sesuatu perkara dan ia menyebabkan audiens berada dalam keadaan terkapai-kapai mencari jawapan. Jadi ini peluang untuk anda bantu mereka yang buntu. Ini juga dapat membantu anda mengelakkan salah faham berlaku. Kan?

2. ORANG BERTANYA KERANA MAHUKAN INFORMASI TAMBAHAN.

Masa bercakap singkat. Maka anda terpaksa lajukan percakapan. Jadi apabila ada yang bertanya, anda boleh gunakan peluang ini untuk bercakap lebih dan menerangkan perkara tersebut dengan lebih details. Maka anda dapatlah masa tambahan. Kan?

3. ORANG BERTANYA KERANA MAHU LUAHKAN KEPRIHATINAN

Ada juga mereka yang mengangkat tangan bertanya sebenarnya bukanlah untuk bertanya. Tetapi lebih kepada ingin menunjukkan kebersamaan dengan anda atau ingin mempamerkan sokongan terhadap apa yang anda perkatakan. Wah, ini sangat menguntungkan kerana bicara anda sudah ada endorsement. Kan?

4. ORANG BERTANYA KERANA MAHUKAN PUBLISITI

Tahukah anda, ada juga mereka yang suka bertanya ni kerana mahukan tumpuan diberikan kepada mereka. Ya, mahukan publisiti. Malah mereka ini juga melihat ia sebagai peluang untuk memperkenalkan diri, organisasi dan juga perniagaan kepada audiens lain. Selagi ia tidak merosakkan mood majlis, golongan ini sekurang-kurangnya menyebabkan program lebih rancak. Kan?

Jadi usah bimbang untuk bersoal jawab. Ingat prinsip asas. Dan ingat kenapa orang bertanya! InsyaAllah anda terus lebih teruja untuk mendepaninya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *