2 SENI PERGERAKAN KETIKA BERBICARA

Bolehkah kita bergerak ketika berbicara? Maksud saya berjalan ke situ dan ke sini.

Jawapannya bergantung kepada situasi dan tema bicara anda. Sekiranya anda dijemput untuk merasmikan sesuatu program, maka sudah tentu pelik jika anda berjalan-jalan ketika berbicara. Begitu juga jika anda menyertai pertandingan pidato, sungguh pelik jika tiba-tiba anda bergerak bersama mikrofon yang bertiang itu.

Juga pelik sekiranya anda cuma berbicara di hadapan 5 orang. Pergerakan anda pasti menyesakkan dada sekiranya dilakukan begitu kerap. Kan? Hehe…

Namun sekiranya anda berada dalam situasi yang sesuai untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat, maka elok kiranya anda memanfaatkan setiap inci pentas atau ruang yang ada.

Jika anda berhadapan dengan 1000 orang audiens, ianya menjadi sangat membosankan jika anda sekadar berdiri tegak. Anda mesti bergerak. Menggunakan segala ruang yang ada untuk anda mengendalikan tenaga audiens yang besar tersebut.

Persoalannya, bagaimana nak bergerak dengan ‘stylo’ dan apakah cara yang terbaik untuk melakukan pergerakan ketika berbicara?

Hari ini saya kongsikan 2 Seni Pergerakan Ketika Berbicara!

SENI PERTAMA : Bergerak Dengan Tujuan.

Pergerakan anda mestilah berdasarkan matlamat dan bukannya sekadar bergerak hanya kerana anda ingin bergerak.

Dengan kata lain, apabila anda melangkah ke kiri, ini kerana anda mahu mendekati audiens yang berada di sebelah kiri anda. Anda mahu mereka rasa didekati. Mereka lebih rasa dirai. Dan mereka merasakan anda memberikan fokus lebih kepada mereka.

Ya, perlu ada motif. Pergerakan yang tidak bermotif semestinya menjengkelkan fokus audiens.

Anda bisa bergerak apabila anda berpindah dari satu slides ke satu slides yang baru. Ini memberi indikator jelas kepada audiens yang anda sedang bergerak dari satu point ke satu point lain. Fokus akan kembali segar dan meningkat.

Juga ketika anda ingin menukar mood bicara. Sekiranya anda ingin mengubah mood dari gembira kepada sediah, pergerakan sangat diperlukan. Ianya mampu memberi impak tak langsung kepada audiens anda. Mereka akan lebih mudah menyelami emosi anda!

SENI KEDUA : Berdiri Dengan Tegas dan ‘Firm.’

Jangan bercakap macam ada atas sampan! Ya, terhoyong ke kanan dan terhayang ke kiri sangat tidak ‘steady.’

Parking kaki anda dengan kemas sebelum mula berbicara. Dan apabila anda tidak perlu bergerak, anda berdiri dengan tegas.

Jangan bergerak ke depan dan ke belakang tanpa sebab kerana ia menyebabkan tumpuan audiens terganggu dan adakalanya memperlihatkan betapa anda tidak ‘firm’ atau tidak benar-benar yakin dengan apa yang ingin anda sampaikan.

Berdiri pada satu tempat juga penting pada waktu-waktu tertentu. Tidak semestinya anda sentiasa perlu bergerak. Apabila anda bercakap perkara yang paling penting, berdiri betul-betul di tengah pentas. Ia menggambarkan kepentingan point tersebut kerana ia dilaungkan ketika anda berada di tengah-tengah pusat bicara anda!

Baiklah, amalkan dua seni ini. InsyaAllah, bicara anda akan menjadi lebih mantap. Ingat, gunakan seni ini apabila ia sesuai untuk digunakan. OK?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *