TEKNIK BERBICARA ! Bermula Dengan Kenapa…

Semua orang tertanya-tanya apakah teknik ketika berbicara? Bagaimanakah cara berdiri dengan betul? Bagaimana untuk nampak yakin dan lancar segala tutur kata?

Bagi saya, sepanjang pengalaman saya berceramah sejak usia 17 tahun, persoalan yang pertama yang MESTI ditanya adalah, KENAPA PERLU BERBICARA? Ya, KENAPA. KENAPA adalah soalan yang bakal mencetuskan tindakan yang sepatutnya. Tanpa KENAPA, kita akan terus terperangkap dengan mainan minda. Malah tanpa KENAPA, akan hadir lebih banyak kegentaran dan ketakutan berbicara.

MENGAPA ‘KENAPA?’

KENAPA akan menghasilkan sebab anda mampu berbicara. Semua orang takut untuk berbicara. Namun yg membezakan org yg takut dengan mereka yg berjaya mengatasi ketakutan adalah SEBAB.

Seandainya anda berbicara dengan sebab untuk menyelamatkan audiens daripada api neraka dengan mutiara nasihat yg bermakna, adakah anda akan peduli tentang perasaan malu untuk bertentang mata dengan mereka? Tidak. Kerana SEBAB anda terlalu besar untuk dikorbankan dengan perkara kecil sebegitu. Setuju?

Maka beramah mesralah dengan persoalan KENAPA. Ia sentiasa mengajak dan mencabar minda anda untuk tidak duduk diam. Dan mengakibatkan tindakan anda menjadi sangat berbeza! InsyaAllah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *