5 PERSEDIAAN MANTAP (Untuk Ceramah, Ucapan & Tazkirah)

Saya asyik bercakap pasal persediaan tapi timbul juga persoalan, APAKAH PERKARA YANG PERLU DISEDIAKAN? Apakah bentuk persediaan yang perlu dibuat untuk berbicara dengan mantap? OK jom kita lihat 5 perkara penting untuk persediaan mantap!

1. PERALATAN

Pastikan anda sudah siapkan slides anda. Dan sudah test slides anda.

Namun untuk lebih selamat, sila backup slides anda dalam hard disk, thumbdrive dan dropbox. Sekurang-kurangnya, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini dengan laptop anda, ada backup plan yang boleh membantu secara offline dan online.

Digalakkan anda menggunakan laptop sendiri untuk mengelakkan berlaku masalah seperti font yang berubah sehingga mencacatkan slides dan link video yang tidak berfungsi kerana perubaha location.

Tidak cukup dengan itu, pastikan anda jelas tentang peralatan lain seperti LCD Projector, Microphone, Laser Pointer dan PA System. Pastikan siapa yang patut sediakan. Jika pihak penganjur yang bertanggungjawab, anda perlu juga menyediakan plan B jika berlaku sesuatu. Kita tak minta perkara ini berlaku, namun sebagai langkah berjaga-jaga, tak salah anda bersedia.

 

2. SUSUN ATUR BILIK

Anda juga mesti jelas tentang susun atur bilik atau dewan yang akan digunakan. Elakkan auditorium untuk impak yang lebih berkesan. Mudahnya, anda lebih hebat berbicara sekiranya audiens anda perlu memandang tinggi kepada anda. 🙂

Pastikan anda jelaskan kepada penganjur jenis susun atur yang anda mahukan. Dan beritahu awal. Kasihan kepada penganjur seandainya tahu lambat.

Jika perlukan meja, kerusi dan papan putih, beritahu lebih awal. Begitu juga sebaliknya.

Seminar saya perlukan aktiviti, maka meja selalunya saya tidak perlukan. Ada juga seminar yang sangat memerlukan meja. Apapun, komunikasi sangat penting untuk memastikan susun atur disediakan lebih awal.

 

3. PAKAIAN

Anda pastikan anda memakai pakaian yang sesuai. Tak semestinya mahal. Yang penting sesuai.

Sesuai dengan tema program. Jika temanya serius, usahlah berpakaian berwarna warni. Slides juga janganlah nampak macam budak-budak.

Sesuai dengan lokasi program. Kalau dah program dibuat di hotel lima bintang, kenapa pula kita nak berpakaian seperti program perkhemahan di tengah hutan. Betul tak?

Sesuai dengan audiens. Anda mesti berpakaian lebih ‘tinggi’ sedikit daripada audiens. Sekiranya audiens bert-shirt santai, anda mungkin hanya perlu bert-shirt dan berblazer untuk kekal santai tapi dalam masa yang sama menjaga kedudukan anda sebagai speaker.

Jangan over. Ya, jangan over!

 

4. PENCAHAYAAN

Anda juga perlu tahu tentang aspek pencahayaan. Adakah dewan anda itu cukup terang. Dan anda sendiri mahukan mood yang bagaimana.

Sekiranya ada tayangan video, anda juga harus jelas di manakah suisnya dan siapakah yang akan berperanan menjaga buka tutup suis tersebut.

Nampak macam tak penting, tapi ini merupakan aspek yang bakal menghidupkan suasana bicara anda dengan keberkesanan yang maksima!

 

5. PERJALANAN

Anda juga mesti merancang perjalanan anda dengan betul untuk ke destinasi program anda. Zaman WAZE sekarang ni sangat mudah untuk mengagak jarak dan masa perjalanan. Pastikan anda tidak ‘take for granted’ dalam merancang perjalanan ini.

Pastikan kenderaan anda sudah bersedia pada malam sebelum program. Jangan pagi tersebut baru nak bubuh minyak dan sebagainya. Nampak macam sekejap, tapi proses-proses kecil itu mampu menjemput masalah yang besar.

Jika anda bersama pasukan fasilitator, pastikan mereka diingatkan dengan jelas tentang masa berkumpul, pakaian, gerak kerja dan semua hal yang berkaitan dengan program tersebut.

 

OK, jom kita bersedia dengan persediaan yang terbaik!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *